• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PMX Iktiraf PETROS Sebagai Agregator Gas Tunggal Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
15 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
PMX Iktiraf PETROS Sebagai Agregator Gas Tunggal Di Sarawak

Kerjasama Strategik PETROS-PETRONAS Buka Jalan kepada Pembangunan Sarawak

PMX Iktiraf PETROS Sebagai Agregator Gas Tunggal Di Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas pengiktirafan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai pengelola gas tunggal di Sarawak.

Dalam kenyataan rasmi, Premier Abang Johari memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak bersama PETROS akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS bagi memastikan PETROS dapat melaksanakan peranannya dengan lancar. Ini termasuk menjamin bekalan gas tanpa gangguan untuk pengguna tempatan serta pelabur.

PMX Iktiraf PETROS Sebagai Agregator Gas Tunggal Di Sarawak

Premier Sarawak Sambut Baik Peranan Baharu PETROS

“Saya ingin merakamkan penghargaan mendalam kepada Perdana Menteri atas kenyataan yang dibuatnya semasa sidang media di Abu Dhabi mengenai isu Petronas-Petros. Kenyataan itu, antara lain, mengiktiraf PETROS sebagai pengelola gas tunggal di Sarawak,” katanya.

Premier Sarawak turut menghargai peranan Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS dalam menyelesaikan isu ini. Kerjasama strategik antara PETROS, PETRONAS, dan kerajaan akan memacu usaha untuk menjadikan Malaysia, khususnya Sarawak, sebagai hab tenaga utama dunia.

Kerjasama ini juga dilihat mampu meningkatkan daya saing global Malaysia dalam menarik pelaburan, memajukan penyelidikan teknologi, dan membangunkan industri baharu, khususnya petrokimia. Langkah ini akan memberi manfaat kepada rakyat dengan mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Premier Abang Johari percaya bahawa kolaborasi erat ini bukan sahaja membawa kemajuan kepada Sarawak tetapi juga memperkukuh ekonomi negara secara keseluruhan.

Baca juga artikel semasa di bawah:

PM Anwar Bakal Umum Formula Agihan Gas Petros-Petronas, Kata Abang Jo
Sarawak Bakal Nikmati Pemasangan Paip Gas Percuma Jika Dana PETROS Mencukupi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Jadi Lokasi Hotspot Laluan Sindiket Dadah Ke Negara Jiran
Next Article 19 Atlet Para Tenpin Boling Sarawak Berentap Di Kejohanan Dunia Hong Kong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?