• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Jadikan Sarawak Sebagai Inspirasi Transformasi Ekonomi Digital

Oleh
Husna Hazmi
7 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sabah jadikan Sarawak contoh ekonomi digital

Sabah Jadikan Sarawak Sebagai Inspirasi Transformasi Ekonomi Digital. Dilaporkan, Sabah kini memandang Sarawak sebagai pemimpin dalam transformasi ekonomi digital. Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim.

Dalam usaha memahami bagaimana Sarawak berjaya melangkah jauh dalam ekonomi digital, kementeriannya telah mengatur lawatan ke Sarawak, termasuk ke ibu pejabat Sarawak Multimedia Authority (SMA) di Kuching.

Sabah Jadikan Sarawak Sebagai Inspirasi Transformasi Ekonomi Digital
Sabah Jadikan Sarawak Sebagai Inspirasi Transformasi Ekonomi Digital

Datuk Mohd Hanafiah juga berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas lawatan hormat pada hari Jumaat lepas bahawa dirinya ingin melihat bagaimana SMA mengubah landskap ekonomi digital dan mempersiapkan rakyat Sarawak untuk menerima perubahan ke arah digitalisasi.

Beliau menambah, ini merupakan langkah pertama bagi pihak kementerian untuk mendalami ekosistem ekonomi digital Sarawak.

Kami sangat kagum dengan ekosistem ekonomi digital di Sarawak yang bersifat rakyat-berpusat. Kami akan kaji pelbagai pendekatan agar rakyat Sabah turut menerima manfaat yang besar,” ujar beliau lagi.

Sabah Jadikan Sarawak Sebagai Inspirasi Transformasi Ekonomi Digital
Sumber gambar: Astro Awani

Sementara itu, Pengurus Besar SMA, Dato Dr Anderson Tiong, berkata Sabah dan Sarawak, yang sama-sama terletak di Borneo, mempunyai potensi besar untuk meneroka ekonomi digital bersama.

Sejak YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil alih kepimpinan, Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam ekonomi digital. Malah, beliau sendiri adalah Pengerusi SMA,” kata Dr Anderson, menzahirkan rasa bangga terhadap wawasan kepimpinan Sarawak.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Syahrin Samsir; Timbalan Pengurus Besar SMA, Dr Suhaili Jaffar; dan Ketua Bahagian Teknologi Digital SMA, Hemlet Kiai.

Melalui kerjasama ini, Sabah berharap dapat membawa inspirasi daripada Sarawak untuk mempercepatkan transformasi digital di negeri tersebut. Siapa tahu, mungkin dalam masa terdekat, Sabah pula bakal menjadi tumpuan ekonomi digital di Borneo!

Lagi berita untuk anda di sini:

Datuk Dan Pegawai Kerajaan Ditahan, Terlibat Rasuah Projek RM250 Juta Di Sarawak
Cuba Seludup Petrol Ke Negara Jiran, Maritim Malaysia Gagalkan Percubaan Di Pitas

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Salah Faham Dengan Penjajah Punca Nama Kudat Melekat Hingga Kini
Next Article Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?