• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki, Suspek Disahkan Positif Dadah, Ada Rekod Jenayah

Oleh
Aina Musa
7 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kes Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki, Suspek Disahkan Positif Dadah, Ada Rekod Jenayah

Bunuh bapa saudara dengan benda tajam

Kes Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki, Suspek Disahkan Positif Dadah, Ada Rekod Jenayah. Suspek kes bunuh di Haji Baki, yang mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, disahkan positif dadah. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, mengesahkan bahawa suspek berusia 27 tahun tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan kes mendatangkan kecederaan.

Menurut laporan daripada media tempatan Borneo Network, suspek masih direman sehingga 10 Jun bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kes Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki, Suspek Disahkan Positif Dadah, Ada Rekod Jenayah
Kes Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki, Suspek Disahkan Positif Dadah, Ada Rekod Jenayah. Sumber: Facebook

Pada Isnin lalu, suspek telah ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis selepas didakwa membunuh bapa saudaranya di sebuah kampung di Jalan Haji Baki di sini.

Menurut Mohd Irwan, polis menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 8.50 malam Isnin yang memaklumkan tentang pergaduhan antara dua lelaki di sebuah perkampungan di Jalan Haji Baki. “Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan bersama D9 JSJ IPK Sarawak bergegas ke lokasi kejadian,” jelasnya.

Setibanya di lokasi, pihak polis menemui seorang lelaki berusia 55 tahun terbaring dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mangsa dipercayai ditikam menggunakan gunting oleh anak saudaranya.

Difahamkan, mangsa adalah bapa saudara kepada suspek, yang dikatakan tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya dan sering meminta wang daripada bapa saudaranya tersebut. Kejadian malang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Pihak polis terus menjalankan siasatan rapi bagi memastikan keadilan ditegakkan dalam kes tragis ini.

Baca lagi artikel menarik:

Lelaki Maut Ditikam Anak Saudara Di Kampung Haji Baki
Polis Saman Bapa Kanak-Kanak Autistik 11 Tahun Memandu Tanpa Lesen Di Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Atasi Masalah Penipuan Homestay, Sabah Lancar Talian Hotline Kepada Pelancong
Next Article Senjata Terlarang, Tular Lelaki Tangkap Ikan Guna Senapang Panah Di Semporna Senjata Terlarang, Tular Lelaki Tangkap Ikan Guna Senapang Panah Di Semporna

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?