• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Jadi Tuan Rumah Sambutan Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Sabtu Ini

Oleh
Aina Musa
16 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sabah Jadi Tuan Rumah Sambutan Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Sabtu Ini

Bakal dihadiri oleh Perdana Menteri

Sabah Jadi Tuan Rumah Sambutan Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Sabtu Ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Sabtu ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyatakan bahawa majlis tersebut dianjurkan oleh kementeriannya dengan kerjasama Kerajaan Sabah, dan juga akan dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sabah Jadi Tuan Rumah Sambutan Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Sabtu Ini. Sumber: Berita Harian

Beliau menyatakan bahawa majlis tersebut merupakan platform untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, berkumpul dalam semangat perpaduan dalam suasana harmoni.

“Aidilfitri telah menjadi perayaan yang menyatukan hati dan mengukuhkan ikatan di kalangan rakyat Malaysia.

“Tradisi rumah terbuka, di mana masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya dan agama berkumpul untuk berkongsi kebahagiaan dan keceriaan, telah menjadi satu kebiasaan yang diwarisi dari generasi ke generasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron menyatakan bahawa tema majlis sambutan Aidilfitri ini ialah ‘Perpaduan Melalui Perayaan’, yang bertujuan sebagai alat penyatuan seluruh Bangsa Malaysia dan teras perpaduan yang merupakan kunci utama keharmonian rakyat dan negara.

Beliau menambah bahawa majlis tersebut juga menandakan bermulanya Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 pada bulan Mei akan datang, dan orang ramai dijemput untuk menyertai serta menyemarakkannya.

Baca lagi artikel menarik:

Perkhidmatan Doktor Terbang PDU Beroperasi 6 Daerah Di Sarawak
Tambang Lebih Rendah, Syarikat Penerbangan Milik Sarawak Dijangka Mula Operasi 2025
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penutupan Sementara Separuh Jalan Kuching-Serian Sehingga 27 Mei 2024
Next Article Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?