• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Sarawak Antara 4 Negeri Catat Rekod Miskin Tegar Melebihi Paras Nasional

Oleh
Aina Musa
1 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sabah Sarawak Antara 4 Negeri Catat Rekod Miskin Tegar Melebihi Paras Nasional

Sabah catat rekod kemiskinan paling tinggi

Sabah Sarawak Antara 4 Negeri Catat Rekod Miskin Tegar Melebihi Paras Nasional. Usaha menoktahkan kemiskinan tegar ketika ini difokuskan kepada empat negeri yang merekodkan peratusan melebihi paras nasional iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata berdasarkan data semasa, Sabah merekodkan peratusan kemiskinan tegar tertinggi iaitu 1.2 peratus.

Sabah Sarawak Antara 4 Negeri Catat Rekod Miskin Tegar Melebihi Paras Nasional. Sumber: Metro Tv

“Dalam usaha menoktahkan kemiskinan di seluruh negara, tumpuan diberikan kepada negeri dan wilayah yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar lebih tinggi melebihi paras nasional.

“Sabah merekodkan (kemiskinan tegar) sebanyak 1.2 peratus, diikuti Kelantan (0.8 peratus), 0.4 peratus di Sarawak dan 0.3 peratus di Kedah,” katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu negeri disasarkan kerajaan untuk mencapai sifar miskin tegar dan pelan tindakannya.

Mengulas lanjut, Hanifah Hajar berkata, kerajaan melalui kerjasama merentas kementerian dan agensi melaksanakan program pembasmian kemiskinan tegar bermatlamat meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk miskin, sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.

Katanya, dari segi pelan tindakan, keutamaan akan diberi untuk memantapkan penyediaan infrastruktur, mengoptimum potensi ekonomi, menambah baik akses perkhidmatan sosial, mempertingkat pembangunan inklusif dan memperkukuh kerjasama antara agen Persekutuan dan negeri.

Memberikan contoh, katanya, melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Kementerian Ekonomi, setakat ini ia berhasil membantu 315 isi rumah miskin tegar, miskin dan B40 di seluruh negara.

“Melalui program IPR, ia memberi manfaat kepada golongan miskin, antaranya melalui inisiatif usahawan makanan. Pada Januari lalu, terdapat peserta yang mengusahakan mesin layan diri di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang berjaya meraih hasil jualan bulanan berjumlah RM21,900.

“IPR akan dikembangkan dengan pelaksanaan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di Kelantan. Dalam hubungan ini, dimohon kerjasama kerajaan negeri untuk memberi pajakan tanah, sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun bagi pelaksanaan program pertanian,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Masuk Percuma, Pantai Trombol Paradise Kini Kembali Buka Untuk Orang Ramai
Banjir Kilat Di Sabah, Jalan Utama Terputus Dan Bekalan Elektrik Terpaksa Ditutup
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Maut Dihanyut Arus Deras Selepas Hantar Makanan Pada Mangsa Banjir Di Sabah
Next Article DBKU Kuatkuasa Peraturan Baru, Tiada Lagi Gerai Di Sepanjang Tebingan Kuching DBKU Kuatkuasa Peraturan Baru, Tiada Lagi Gerai Di Sepanjang Tebingan Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?