Salah sebuah hotel di Kota Kinabalu yang menggunakan bahasa Cina dan Korea
Hotel Di KK Dikecam Gara-Gara Papan Tanda Guna Bahasa Asing, Ini Penjelasan Pihak Hotel. Baru-baru ini, sebuah hantaran oleh seorang individu di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat berkenaan papan tanda di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.
Individu tersebut memuat naik gambar papan tanda di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu yang menggunakan bahasa Cina dan Korea, sambil meluahkan rasa kecewa kerana tiada Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris pada papan tanda tersebut.

Penjelasan Pihak Hotel
“Sebagai orang tempatan, sedihlah. Kita nak cari swimming pool di hotel ni, terpaksa bertanya pekerja sebab arahan dalam bahasa asing,” tulis individu itu dalam posting berbaur kritikan di platform X. Namun, isu ini kemudiannya dijelaskan oleh pihak hotel yang tampil memberikan penjelasan menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Dalam kenyataan rasmi, menjelaskan bahawa papan tanda yang dikritik sebenarnya hanyalah sebahagian daripada papan tanda yang dipasang di lokasi tersebut. Terdapat papan tanda lain dalam bahasa Inggeris yang telah tersedia di lokasi yang sama tetapi tidak kelihatan dalam gambar yang tular.

“Kami adalah jenama tempatan yang menghargai pengunjung dalam dan luar negara. Justeru, kami sentiasa memastikan papan tanda kami memenuhi keperluan bahasa yang paling umum digunakan,” kata pihak hotel.
Sebagai langkah proaktif untuk mengelakkan salah faham pada masa hadapan, pihak hotel telah mengambil keputusan untuk menggabungkan semua arahan ke dalam satu papan tanda yang lebih mudah difahami. Kini, papan tanda baru merangkumi Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, serta bahasa asing.

