• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi ‘Money Lender’

Oleh
Ismail NA
1 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Bezanya, ahlong digital tawar pinjaman dalam aplikasi.

Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi ‘Money Lender’. Zaman kini, pelbagai cara digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti ahlong untuk memerangkap orang awam untuk membuat pinjaman wang. Keadaan terdesak yang dialami oleh rakyat pada ketika ini, apatah lagi dengan situasi kemelesetan ekonomi membuatkan lebih ramai orang terjebak dengan hutang ‘ahlong’ digital.

Menerusi sebuah rajutan yang dikongsikan oleh seorang pengguna @MNA_Perfume atau dikenali dengan nama M. NoorAfiq di Twitter, beliau menyatakan rasa kesal kerana terjebak dengan penggunaan aplikasi pinjaman wang mudah secara dalam talian.

Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi 'Money Lender'
Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi ‘Money Lender’. Sumber: Twitter @MNA_Perfume

Terdesak sehingga terpedaya dengan aplikasi ‘money lender’

Aplikasi tersebut membolehkan beliau meminjam wang dengan segera dengan hanya memuat turun aplikasi tersebut. Aplikasi tersebut sebenarnya adalah pinjaman ‘ahlong’ yang menawarkan pinjaman tidak ubah seperti anda mengunjungi mereka di premis pinjaman ahlong fizikal. Kebanyakan daripada operasi pinjaman wang segera menerusi aplikasi ini dikatakan tidak berlesen.

Dalam kes Afiq ini, beliau pada asalnya hanya meminjam sebanyak RM 650 daripada dua aplikasi pinjaman wang yang berlainan untuk tujuan menampung modal perniagaan kecil-kecilannya. Disebabkan prestasi perniagaannya yang tidak memberangsangkan, beliau membuat keputusan untuk mencuba aplikasi terbabit.

Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi 'Money Lender'
Sumber: Twitter @MNA_Perfume
Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi 'Money Lender'
Sumber: Twitter @MNA_Perfume

Malangnya, ketika beliau cuba untuk membuat pembayaran pinjaman pokok, Afiq diberitahu oleh pihak pinjaman bahawa mereka hanya menerima separuh daripada wang bayaran tersebut.

Bunga naik berlipat kali ganda dalam masa singkat

Episod sengsara hidup Afiq kemudiannya bermula apabila hutangnya tidak bertambah susut, tetapi sebaliknya makin bertambah sehingga kini berjumlah RM 4,160! Lebih menyedihkan, perniagaan minyak wangi decant nya juga tidak dapat menutup semula hutang yang dilakukannya.

Meskipun sudah membuang aplikasi tersebut, Afiq kini diburu oleh ‘ahlong’ daripada aplikasi berkenaan yang menuntutnya untuk membayar bunga pinjaman. Beliau juga diugut untuk ditularkan di Facebook jika gagal melangsaikan hutang berkenaan dalam masa yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, Afiq yang terdesak mengambil keputusan untuk menceritakan pengalamannya di Twitter sambil memohon jasa baik orang ramai untuk membantunya menyelesaikan hutang tersebut. Sekaligus, memberi amaran kepada orang ramai untuk mengelakkan diri daripada menggunakan aplikasi berkaitan pinjaman wang atau ‘easy money’ secara dalam talian.

Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi 'Money Lender'
Sumber: Twitter @MNA_Perfume

Perkongsian netizen dedah ramai rupanya yang terjerat

Rajutan tersebut telah mendapat lebih 1,400 ulang kicau, berserta komen daripada netizen yang menceritakan pengalaman hampir sama pernah berlaku kepada saudara terdekat. Ada juga netizen yang memberikan nasihat bagaimana untuk berdepan dengan situasi berkenaan tanpa perlu terus menghulurkan wang secara terus-menerus kepada ‘ahlong’ itu.

Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi 'Money Lender'
Sumber: Twitter @MNA_Perfume
Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi 'Money Lender'
Sumber: Twitter @MNA_Perfume
Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi 'Money Lender'
Sumber: Twitter @MNA_Perfume
Sumber: Twitter @MNA_Perfume
Terjerat Sindiket Wang Segera, Lelaki Ini Menyesal Guna Aplikasi 'Money Lender'
Sumber: Twitter @MNA_Perfume

Afiq turut menasihati semua agar jangan sesekali mencuba untuk menaip ‘money’, ‘loan’, ‘easy duit’ dan sewaktu dengannya di Google Play Store atau Apple Play Store kerana anda akan menjadi sasaran iklan aplikasi pinjaman wang ini.

Sumber: Twitter @MNA_Perfume

Salah satu nasihat daripada netizen juga yang patut dijadikan pedoman berbunyi “Tanamkan dalam diri, jika tiada duit, aku lebih rela mati kelaparan daripada meminjam ahlong,”

Kalau anda masih mempunyai hutang PTPTN, anda sebenarnya boleh membayarnya dengan aplikasi Shopee. Ini caranya:

Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee
Ditipu Skim Pinjaman Tidak Wujud Dalam Talian, Penjual Ikan Di Sibu Rugi RM 69,700
SUMBER :Twitter @MNA_Perfume
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Malu Buka Google Search Buatkan Peguam Asal Johor Ini Lancar ‘Klaka’ Sarawak
Next Article Sambutan Hari Sarawak 2023 Bakal Diraikan Lebih Awal Daripada 22 Julai – Karim

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?