• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen

Oleh
Nazihah AN
14 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen

Macam mana nak jadi bandar terbersih kalau masih mentaliti kelas ketiga?

Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen. Setiap kali acara terbesar diadakan, masyarakat masih tidak ubah dengan tabiat buruk mereka dengan meninggalkan sampah merata.

Mana taknya, setiap kali apa-apa acara habis, akan ada kita lihat sampah-sampah yang terbiar di atas bahu jalan. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung membuang sampah merata-rata ini menyebabkan keadaan di Stadium Perpaduan Petra Jaya terjejas dan kotor.

Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen
Kredit: Sarawak Roads Update/ Fadd Howard

Masih mengharapkan akan ada pekerja kontraktor pembersihan datang mengutip sampah

Satu perkongsian video di laman Facebook milik Sarawak Roads Update ini memaparkan keadaan Stadium Perpaduan selepas acara pesta makanan malam tadi telah menimbulkan amarah netizen.

Dapat dilihat dalam video berdurasi 1 minit menunjukkan sampah seperti bekas cawan minuman, plastik makanan, dan sisa makanan lain berselerakan di sekitar kawasan stadium tersebut telah tular di media sosial.

Lihat video penuh di bawah:

Dah masuk 2023 pun takkan masih mentaliti kelas ketiga, kot? Aduhh.. Bukankah bandar kita telah telah mendapat Anugerah Pelancongan ASEAN Bandar Terbersih Peringkat Kebangsaan. Kita semua patut ambil tahu bahawa sikap begini perlu diubah. Sampai bila kita nak biarkan perkara ini terjadi?

Bukan apa, bila terkumpulnya sampah macam gambar dekat atas tu, nanti bermulalah wabak denggi sana sini dan longkang tersumbat sehingga menyebabkan banjir tau.

Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen
Gambar sekadar hiasan. Kredit: FB Mohd Nazri

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut menyuarakan kekecewaan terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab terbabit.

Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen
Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen. Sumber: Sarawak Roads Update
Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen
Sumber: Sarawak Roads Update

Lagi artikel menarik, anda boleh tekan pautan di bawah:

KPDN Sarawak Tetapkan Harga Siling Untuk Daging Babi Dan 7 Barang Lain, Ini Senarainya
‘Harga Untuk Kayangan’, Lagi Sekali Harga Tiket Masuk Kampung Budaya Jadi Bualan Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sering Ditanya Bila Kahwin, Wanita Dari Sabah Ini Kongsi Pendapatnya Tentang Berkahwin Secara Tergesa-Gesa Sering Ditanya Bila Kahwin, Wanita Dari Sabah Ini Kongsi Pendapatnya Tentang Berkahwin Secara Tergesa-Gesa
Next Article Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?