fbpx
Cerita Borneo

Resipi Menarik Sup Tom Yam Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Nak makan sup tom yam sebagai pembuka puasa?

Resipi Menarik Sup Tom Yam Yang Sedap Dan Mudah Dibuat. Umat Islam sudah mulai puasa sempena bulan Ramadan. Walaupun zaman ini mempunyai kesukaran untuk semua, kita dikira bernasib baik kerana mempunyai kebebasan sikit untuk keluar ke pasar raya bagi membeli barang dapur (ingat ya guys, walaupun kita ada kebebasan ya, hanya seorang sahaja boleh keluar dari rumah sebagai wakil keluarga). Bagi mereka yang teringin untuk membuka puasa dengan menikmati sup tom yam, ini adalah resipi yang mudah bagi anda untuk menghidangkan sup tom yam yang lazat kepada anda sekeluarga! (Kredit kepada Kekzi Writes)

Resipi Menarik Sup Tom Yam Yang Sedap Dan Mudah Dibuat
Resipi Menarik Sup Tom Yam Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Bahan-bahan

Untuk resipi ini, anda perlukan bahan berikut:

  1. Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
  2. Sotong/udang/siput (optional)
  3. Selabu bawang merah saiz sedang, dihiris
  4. 3 atau 4 ulas bawang putih, dihiris
  5. Pes tomyam
  6. Lobak merah, dihiris serong
  7. Bunga kubis yang dipotong kecil
  8. Baby jagung, dihiris serong
  9. Tomato yang dipotong
  10. 2 atau 3 helai daun limau purut, dihiris
  11. Cili hijau (ikut kehendak anda), ditumbuk kasar
  12. Garam
  13. Serbuk Perasa

Cara membuatnya

Setelah selesai dengan bahan untuk memasak, ini adalah cara untuk menghasilkan sup tom yam anda:

  1. Setelah panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah sampai jadi kuning/perang dan naik aroma.
  2. Masukkan ayam kemudian kacau sampai ayam berwarna putih pucat.
  3. Tambahkan air ikut sukatan kuah tom yam yang dikehendaki oleh anda. Kemudian, biar sehingga ayam masak atau kuah mendidih.
  4. Masukkan pes tomyam (jenama tak kisah apa, ikut selera anda) (Sekiranya anda nak kuah sup tom yam anda pekat, anda boleh letak lebih sikit pes)
  5. Setelah pes tom yam dah sebati dengan ayam, masukkan daun limau purut
  6. (Optional) Masukkan sotong/udang
  7. Lobak merah, bunga kubis, baby jagung dan tomato yang sudah dihiris/potong dimasukkan ke dalam kuah. Biar sehingga sudah agak masak.
  8. Masukkan cili hijau yang sudah dipotong untuk mendapatkan rasa yang masam-pedas. (bagi mereka yang menghendakkan perasa yang lebih pedas, tambah lagi bilangan cili hijau ikut kesesuaian anda)
  9. Tambah garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga anda rasa sudah sesuai cukup rasanya.
  10. Siap dan sedia untuk dijamu selera!

Adakah anda mempunyai variasi resipi tomyam tersendiri? Kongsikan resipi anda dan jangan lupa share artikel ini! Selamat berpuasa rakan-rakan berumat Islam dan stay safe!

Resipi Menarik Sup Tom Yam Yang Sedap Dan Mudah Dibuat
Gambar sekadar hiasan. Kredit: HalalTrip

Masih mencari resepi lagi? Jom baca artikel kami yang lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close