• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen

Oleh
Nazihah AN
1 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen

Keluarga dari Sarawak berjalan kaki di bawah terik matahari untuk hantar anak ke UMPSA

Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen. Setiap ibu ayah di dunia ini akan berusaha memberikan yang terbaik buat masa depan anak-anak.

Meskipun berdepan penuh cabaran, kasih mereka tidak akan berkurangan demi membina kebahagiaan seluruh keluarga.

Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen
Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen

Keluarga ini terpaksa berjalan kaki dalam panas kerana kekangan kenderaan.

Di sebuah video yang menarik perhatian netizen baru-baru ini, sebuah keluarga terlihat berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk melaksanakan pendaftaran anak mereka pada hari Sabtu.

Dalam video berdurasi satu minit dan 13 saat itu, keluarga yang difahamkan berasal dari Sarawak ini memilih untuk mengambil bas sebagai alternatif untuk sampai ke Pahang.

Ketika kebanyakan keluarga lain memilih untuk memandu kereta atau menggunakan kenderaan lain, keluarga ini terpaksa berjalan kaki dalam panas kerana kekangan kenderaan.

Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen
Sumber: Tiktok

Mereka datang dari Sarawak naik bas demi anak mereka yang akan mendaftar di UMPSA

Seorang warga kampus, pemilik akaun UMPSA Malaysia yang merakam video tersebut, terkesan dengan perjuangan keluarga berkenaan.

“Dari jauh nampak satu keluarga jalan kaki tengah-tengah panas, ingatkan kereta mereka rosak. Namun, apabila didekati dan ditanya, mereka menceritakan bahawa mereka datang dari Sarawak naik bas demi anak mereka yang akan mendaftar di UMPSA,” katanya.

Mendengar kisah mereka, pihak UMPSA dengan pantas mengambil tindakan dengan menyediakan kenderaan untuk membantu keluarga berkenaan membawa bagasi masuk ke dalam kampus.

@umpsamalaysia Hebatnya Kasih Ayah dan Ibu teman anak masuk UMPSA 🥲 #fyp #umpsa #umpkiniumpsa #university #trending #pelajar #ayahibu ♬ Lokman Naufal_Haruman Terindah – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen
Sumber: Tiktok

Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan semangat dan doa baik untuk keluarga berkenaan dan anak yang baru saja memulakan fasa baru dalam kehidupan pendidikan tinggi.

Lagi artikel menarik, baca pautan di bawah:

Menjelajah Destinasi Wajib Di Pantai Timur Melalui Lensa Anak Sarawak
Kuching Menjadi Destinasi Pelancongan Ketiga Yang Mampu Milik Di Rantau Asia Pada Tahun 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Kena 'Tempias' Kebakaran Hutan Di Indonesia Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Dakwa Kena ‘Tempias’ Kebakaran Hutan Di Indonesia
Next Article Terletak Di Sempadan Malaysia-Indonesia, Pasar Serikin Jadi Destinasi Menarik Untuk Dikunjungi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?