• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Dakwa Kena ‘Tempias’ Kebakaran Hutan Di Indonesia

Oleh
Nazihah AN
1 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Kena 'Tempias' Kebakaran Hutan Di Indonesia

“Titik panas di tengah dan selatan Kalimantan berterusan melepaskan asap jerebu tebal boleh memberi kesan jerebu di barat Sarawak”

Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Dakwa Kena ‘Tempias’ Kebakaran Hutan Di Indonesia. Sebuah kebakaran besar yang berlaku di selatan Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu merentasi sempadan, memberikan kesan kepada kualiti udara di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Barat Sarawak.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan-kawasan tersebut menunjukkan peningkatan.

Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Dakwa Kena 'Tempias' Kebakaran Hutan Di Indonesia
Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Dakwa Kena ‘Tempias’ Kebakaran Hutan Di Indonesia

Di Kalimantan, asap dari titik panas di tengah dan selatan telah menyebabkan jerebu di barat Sarawak.

Dipetik dari Utusan, Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) di Singapura mengumumkan, 52 titik panas dikesan di Sumatera manakala 264 di Kalimantan berdasarkan imej satelit dari Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) 20.

Kawasan selatan ASEAN, khususnya di tengah-tengah dan selatan Sumatera serta selatan Kalimantan, masih mengalami kekeringan berpanjangan, seperti yang dinyatakan oleh Peta Jerebu Serantau dikeluarkan oleh ASMC pada 29 September.

Menurut Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, menjelaskan bahawa asap dari titik-titik panas di selatan Sumatera dan Jambi terus tersebar dan ditiup angin ke arah barat laut. Di Kalimantan, asap dari titik panas di tengah dan selatan telah menyebabkan jerebu di barat Sarawak.

Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Dakwa Kena 'Tempias' Kebakaran Hutan Di Indonesia

Walaupun hujan telah turun di beberapa bahagian barat Kalimantan yang dapat mengurangkan titik panas dan jerebu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mempertingkatkan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan. Mereka juga memantau bacaan IPU dengan lebih kerap.

Datuk Wan Abdul Latiff menambahkan, langkah-langkah seperti Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan untuk memastikan tindakan bersepadu oleh agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran hutan dan jerebu.

Sarawak Tidak Terlepas Dari Cengkaman Jerebu, Dakwa Kena 'Tempias' Kebakaran Hutan Di Indonesia

Walau Bagaimanapun Menteri Alam Sekitar Indonesia Menafikan Dakwaan Malaysia

Menteri Alam Sekitar dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya, menafikan dakwaan Malaysia berkenaan kehadiran jerebu yang merentasi sempadan.

“Kenyataannya, tidak ada jerebu yang melintasi perbatasan,” tegas Siti ketika ditemuramah oleh AFP pada Sabtu (30/9), sambil mempamerkan imej dari ASMC, yang menurut beliau, hanya menunjukkan jerebu di Sumatra dan Kalimantan sahaja.

“Jika mereka tidak pasti, jangan membuat kenyataan yang tidak tepat,” kata Siti.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Kuching Menjadi Destinasi Pelancongan Ketiga Yang Mampu Milik Di Rantau Asia Pada Tahun 2023
Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayaran Masuk Hanya RM 3, Terokai Lebih Dari 4000 Koleksi Mengenai Kucing Di Cat Museum Kuching
Next Article Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen Sanggup Jalan Kaki Demi Hantar Anak Masuk Uni, Keluarga Dari Sarawak Ini Undang Prihatin Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?