• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sanggup Lakukan Amang Seksual Terhadap Cucu, ‘Atuk’ Dipenjara 8 Tahun Di Kuching

Oleh
Aina Musa
19 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Sanggup Lakukan Amang Seksual Terhadap Cucu, 'Atuk' Dipenjara 8 Tahun Di Kuching

‘Atuk’ Durjana akhirnya dipenjara 8 tahun

Sanggup Lakukan Amang Seksual Terhadap Cucu, ‘Atuk’ Dipenjara 8 Tahun Di Kuching. Seorang pekerja ladang telah dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun dan 4 sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana melakukan amang seksual ke atas cucu saudara perempuannya yang berusia 10 tahun.

Tertuduh telah mengaku bersalah atas dua pertuduhan, yang dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan dibaca bersama-sama dengan Seksyen 16 akta yang sama.

Sanggup Lakukan Amang Seksual Terhadap Cucu, 'Atuk' Dipenjara 8 Tahun Di Kuching
Sanggup Lakukan Amang Seksual Terhadap Cucu, ‘Atuk’ Dipenjara 8 Tahun Di Kuching. Kredit: Utusan Borneo

Seksyen 14 SOACA 2017 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, sementara Seksyen 16 SOACA 2017 membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun dan boleh disebat tidak kurang daripada 2 sebatan jika bersalah.

Maka, Hakim Maris Agan memutuskan bahawa tertuduh akan dihukum penjara selama 7 tahun dan 2 sebatan bagi pertuduhan pertama, dan hukuman penjara selama 8 tahun dan 2 sebatan bagi pertuduhan kedua.

Hakim Maris juga memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dijalankan bersamaan dari hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan serangan seksual ke atas mangsa pada Disember 2019 dengan cara menyentuh kemaluan mangsa semasa berada di kediaman mangsa ketika itu.

Kemudian pada Mei 2023, tertuduh mengulangi perbuatan tersebut terhadap mangsa yang berusia 10 tahun dengan cara memeluk, mencium pipi, dan menyentuh kemaluan mangsa di rumah yang sama.

Sanggup Lakukan Amang Seksual Terhadap Cucu, 'Atuk' Dipenjara 8 Tahun Di Kuching

Saat kejadian, mangsa berada di rumah seorang diri ketika datuk saudara kepada mangsa (tertuduh) datang ke rumah dan meminta untuk menggunakan tandas. Tertuduh memeluk mangsa dari belakang secara mengejutkan, lalu memeluk tubuh badan, mencium muka dan memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa, dan menyentuh kemaluan mangsa.

Mangsa menepis tangan tertuduh dan mengambil tukul untuk mempertahankan dirinya hingga tertuduh beredar dari rumah.

Mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya, lalu membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama.

Semasa penyiasatan, mangsa turut mendedahkan bahawa tertuduh telah meraba-raba alat sulit mangsa ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu di rumah yang sama pada waktu malam, awal Disember 2019.

Sanggup Lakukan Amang Seksual Terhadap Cucu, 'Atuk' Dipenjara 8 Tahun Di Kuching

Tertuduh tidak diwakili oleh peguam dan pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian.

Baca lagi artikel terkini:

Rampasan Dadah Terbesar, Remaja 18 Tahun Dicekup Edar 52KG Syabu Di Kuching
Padah Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bakar Kereta Rakan Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perkhidmatan Maybank Bakal Mengalami Gangguan Pada Sabtu dan Ahad Ini Perkhidmatan Maybank Bakal Mengalami Gangguan Pada Sabtu dan Ahad Ini
Next Article Kena Tipu 'Crypto Exchange', Wanita Dari Kuching Rugi RM1.4 Juta Kena Tipu ‘Crypto Exchange’, Wanita Dari Kuching Rugi RM1.4 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?