I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Santai Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Santai Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 12/06/22 8:58 PM
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Konten Di Ladang Sawit Pun On Saja.

Santai Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’. Memulakan sebuah saluran Youtube dan mendapat bayaran daripada pengiklanan di dalam nya bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi banyak saluran lain yang lebih menarik dan berpotensi untuk mengumpul pengikut yang ramai dalam masa yang singkat. Malah, proses suntingan video juga bukan mudah. memerlukan dedikasi yang tinggi.

Jika anda cukup rajin dan pintar seperti lelaki ini, mungkin anda boleh menjadikan pekerjaan harian anda sebagai punca pendapatan anda di platform seperti Youtube. Contohnya seperti lelaki Indonesia yang bernama Dimas Pratama ini. Walau pun hanya bekerja sebagai pekerja sawit, beliau berjaya menarik perhatian ramai dengan hanya memuat naik video rutin harinnya sebagai pekerja sawit di Youtube.

Setakat artikel ini ditulis, beliau sudah mempunyai sebanyak 153K ‘subscribers’ di saluran Youtube miliknya.

Santai Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K 'Subscribers'
Santai Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’

Tidak Lekang Muat Naik Video Sejak 2 Tahun Yang Lalu

Berasal dari Indonesia, lelaki ini bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor. Pemuda yang menggunakan nama saluran Dimas Pratama ini tidak pernah lekang memuat naik video di saluran Youtube nya sejak dua tahun yang lalu. Menerusi bahagian ‘About’, beliau menjelaskan bahawa saluran Youtube yang dibuat bukanlah untuk menunjukkan kekuatan beliau mengangkat buah sawit. Sebaliknya, beliau ingin berkongsi rutin hariannya sebagai pekerja sawit dan tips berkaitan pekerjaan di ladang sawit.

Video pertama yang dimuat naik adalah berkenaan trik untuk mengangkat buah sawit masuk ke dalam lori muatan. Kemudian, disusuli dengan pelbagai video rutin harian serta kejadian yang berlaku di ladang sawit tempat beliau bekerja.

Lebih menarik, beliau merupakan Youtuber sawit pertama yang mendapat ‘silver play button’ dari Youtube. Mantap cuyy!

Selamba Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K 'Subscribers'
Selamba Tayang Hidup Sebagai Pekerja Sawit, Lelaki Ini Mampu Raih 153K ‘Subscribers’.

Kontennya Dekat Di Hati Anak Perantau Indonesia

Walau pun dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, namun konten yang dihasilkan begitu dekat dengan jiwa anak perantau Indonesia. Bukan itu sahaja, video yang dimuat naik juga menunjukkan pengajaran dan nilai hidup. Seperti video gaji pertama di Malaysia, walau pun gaji yang diterima tidak seberapa, yang penting halal dan berkat untuk dibelanjakan oleh keluarga. Alhamdulillah.

Malaysia Pun Ada Youtuber Nelayan Pantai

Untuk pengetahuan anda, terdapat seorang Youtuber dari Malaysia yang mempunyai jumlah ‘subscribers’ yang agak ramai dan menggunakan konsep konten yang sama seperti Dimas Pratama. Beliau adalah Sazali Adam Bahar. Lelaki ini bekerja sebagai seorang nelayan pantai dan sering memuat naik konten berkenaan hasil tangkapan yang diperolehinya dari laut. Bukan itu sahaja, Sazali turut berkongsi tips serta kemahiran menangkap hasil laut yang sangat berguna.

Membahasakan dirinya sebagai ‘hamba’ dan panggilan kepada penontonnya ‘sahabat’, Youtuber ini sangat bersopan santun dan bersahaja dalam menyampaikan konten nya. Setiap kali beliau mendapat hasil tangkapan, beliau juga tidak lekang menyebut ‘Alhamdulillah’ sebagai tanda syukur dengan rezeki yang diperolehi pada hari tersebut.

Sehingga kini, beliau telah meraih sebanyak 161K ‘subscribers’ sejak aktif memuat naik video sejak setahun yang lalu. Tanpa suntingan yang ‘fancy’ dan sinematik, seorang nelayan pantai pun boleh ‘go’ dalam dunia Youtube.

Dua individu ini membuktikan bahawa memulakan sebuah saluran Youtube tidak memerlukan kos yang tinggi dan peralatan yang canggih. Yang penting, anda fokus dengan apa yang anda ingin ketengahkan di saluran Youtube anda. Tidak dilupa juga, konsisten walau pun pada asalnya tiada yang mengenali saluran anda.

Usaha tangga kejayaan.

Jadi Youtuber bukan lesen untuk anda melakukan ‘prank’ sewenang-wenangnya. Baca kisah Youtuber Indonesia yang malang ini :

Baca juga pesan seorang ‘influencer’ dari Sabah ini :

Nur Afifah 12 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Highly Recommended Di Lundu
Next Article Ayuh Kenali 2 Heroin Wanita Iban Pertama, Seniwati Luli Anak Gagat Dan Narang Anak Adam

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula
Cerita Borneo

4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula

7 Julai 2022
Cerita Borneo

Patung Dan Salib Di Gereja Keningau Dirosakkan Orang, Komen Netizen Kristian Pula Tarik Perhatian

7 Julai 2022
Cerita Borneo

‘Dari Anak 1 Sekarang Dah 3,’ Netizen Kesal Jalan Di Tengah Bandaraya Kuching Ini Tak Siap-Siap

6 Julai 2022
world clock
Cerita Borneo

Ini Penjelasan Mengapa Waktu Semenanjung Diawalkan 30 Minit Mengikut Sabah Sarawak

6 Julai 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?