fbpx
Cerita Borneo

Youtuber Indonesia Akhirnya Ditangkap Polis Gara-Gara Buat ‘Prank’ Derma Sampah

Beliau Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun.

Youtuber Indonesia Akhirnya Ditangkap Polis Gara-Gara Buat ‘Prank’ Derma Sampah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan badan binasa. Demikian ungkapan yang paling sesuai untuk nasib Youtuber terkenal Indonesia, Ferdian Paleka, buat masa ini kerana telah ditangkap polis akibat perbuatan ‘prank’ yang keterlaluan dan tidak bermoral.

Youtuber Indonesia Akhirnya Ditangkap Polis Gara-Gara Buat 'Prank' Derma Sampah
Youtuber Indonesia Akhirnya Ditangkap Polis Gara-Gara Buat ‘Prank’ Derma Sampah

Media Indonesia melaporkan bahawa Ferdian serta beberapa orang rakannya melakukan sebuah ‘prank’ memberikan bantuan makanan kepada warga Bandung. Namun, kotak yang dihulur kononnya sebagai bantuan tersebut sebaliknya mengandungi sampah dan batu. Perkara ini mengundang kemarahan individu yang terkena ‘prank’.

Beliau yang telah menghilangkan diri sejak Isnin yang lalu telah ditangkap oleh pihak polis Indonesia di Tol Tanggerang-Merak, Jawa Barat. Pihak polis mula memburu beliau apabila mangsa ‘prank’ sampah tersebut membuat laporan polis di balai polis Satreskrim Polrestabes Bandung pada hari Isnin. Mereka melaporkan berasa malu dan terhina apabila mendapati bantuan makanan yang dihulurkan Ferdian serta beberapa orang rakannya ternyata mengandungi tauge busuk dan batu. Apatah lagi, video tersebut dimuat naik di laman sosial.

Youtuber Indonesia Akhirnya Ditangkap Polis Gara-Gara Buat 'Prank' Derma Sampah
Sumber : Ayo Jakarta
Youtuber Indonesia Akhirnya Ditangkap Polis Gara-Gara Buat 'Prank' Derma Sampah
Sumber : AyoSemarang.com

Hanya seorang rakan mereka yang tampil menyerah diri di balai polis sebaik sahaja urusan penangkapan dijalankan. Selebihnya menghilangkan diri bersama Ferdian.

Bapa Ferdian Enggan Bekerjasama Dedah Lokasi Anaknya

Pelbagai usaha telah dilakukan pihak polis untuk menangkap Ferdian. Bahkan, pihak polis juga hampir-hampir menemui beliau di Bogor namun ternyata hanya bapa Ferdian yang berada di dalam kenderaan ketika dikepung oleh pihak polis. Mereka terpaksa meneruskan tangkapan dengan sumber sedia ada setelah bapanya enggan bekerjasama untuk memberitahu keberadaan anaknya.

Youtuber Indonesia Akhirnya Ditangkap Polis Gara-Gara Buat 'Prank' Derma Sampah

Dengan perbuatan ‘prank’ yang dilakukan oleh Ferdian, beliau bakal berhadapan dengan hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan menyebarkan kandungan digital yang mempunyai unsur penghinaan serta melakukan perbuatan yang mendatangkan kerugian kepada mangsa.

Kepada anda di luar sana, elakkan gurauan yang berlebihan. Sesungguhnya ‘prank’ adalah perbuatan yang bercanggah dengan norma kehidupan sopan santun dan berbudi di Asia.

Bercakap tentang tauge, tahukah anda rahsia paling mujarab menanamnya agar nampak gemuk dan berisi? Baca selanjutnya di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close