• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sediakan Kupon Fizikal, Saradise Kini Kenakan Caj Parkir Rasmi

Oleh
Nazihah AN
3 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Sediakan Kupon, Saradise Kini Kenakan Caj Parkir Rasmi

Saradise Mulakan Caj Parkir Sejak 2 Januari

Sediakan Kupon Fizikal, Saradise Kini Kenakan Caj Parkir Rasmi. Mulai 2 Januari, kawasan parkir di Saradise kini rasmi mengenakan bayaran parkir kepada semua pengguna. Untuk mengelakkan sebarang masalah, pastikan anda menggunakan Kupon Parkir yang sah semasa meletakkan kenderaan anda di sini!

Surat saman akan ditinggalkan di cermin hadapan kereta anda sekiranya anda gagal mematuhi peraturan parkir. Pastinya anda tidak mahu pengalaman pahit ini, bukan?

Sumber gambar: FB Kuching DEAL

Jangan lupa letak kupon pada kenderaan anda

Nak elakkan surat ‘cinta’ diletakkan pada wiper kereta anda, kena pastikan ikut panduan di bawah:

  1. Dapatkan Kupon Parkir – Kupon ini boleh dibeli di kedai-kedai berhampiran Saradise. Pastikan ia sah dan digunakan dengan betul.
  2. Letakkan Kupon di Tempat Yang Jelas – Pastikan kupon diletakkan di bahagian cermin hadapan yang mudah dilihat oleh petugas parkir.
  3. Patuh pada Masa Parkir – Jangan lupa untuk semak waktu tamat kupon parkir anda bagi mengelakkan saman.

Info mengenai perubahan ini mula tular di laman Facebook, di mana beberapa gambar menunjukkan pihak berkuasa sedang menulis surat saman untuk diletakkan pada wiper kereta yang melanggar peraturan.

Gambar tersebut juga menunjukkan nombor parkir yang tertera di setiap petak parkir, memberikan gambaran jelas kepada pengguna mengenai kawasan tempat letak kereta.

Walau apa pun pendapat anda, satu perkara yang pasti – jangan lupa kupon parkir jika anda ke Saradise!

Tak tahu macam mana nak guna kupon parkir? Boleh baca pautan di bawah:

Kupon Parking di Kuching Ada 3 Warna? Ini Cara Penggunaan yang Betul
Sistem Digital Parkir Di Kuching Kini Dalam Perancangan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Richard dan Molly, Pasangan Warga Emas Pertama Berkahwin Di Rumah Seri Kenangan Kuching
Next Article Kes Ugut Bunuh Baby Shima Di Media Sosial, Pemandu Lori Di Sibu Didenda RM4K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?