• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Richard dan Molly, Pasangan Warga Emas Pertama Berkahwin Di Rumah Seri Kenangan Kuching

Oleh
Ismail NA
3 Januari 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Awas, ada semut dalam artikel ini 🐜

Richard dan Molly, Pasangan Warga Emas Pertama Berkahwin Di Rumah Seri Kenangan Kuching. Cinta sejati tidak mengenal usia, dan pasangan warga emas di Rumah Seri Kenangan Kuching ini membuktikannya dengan mengikat tali perkahwinan dalam sebuah majlis yang penuh bermakna.

Apa yang lebih istimewa, perkahwinan ini adalah yang pertama dalam sejarah institusi tersebut, menjadikan ia satu peristiwa bersejarah yang menghangatkan hati semua.

Richard dan Molly, Pasangan Warga Emas Pertama Berkahwin Di Rumah Seri Kenangan Kuching
Richard dan Molly, Pasangan Warga Emas Pertama Berkahwin Di Rumah Seri Kenangan Kuching. Kredit foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Pasangan ini, yang sebelum ini masing-masing pernah kehilangan pasangan hidup, menemui kebahagiaan semula setelah menjalin hubungan yang erat di Rumah Seri Kenangan. Hubungan mereka dibina atas dasar saling memahami dan percaya, membuktikan bahawa kebahagiaan boleh hadir pada bila-bila masa dalam hidup kita.

Cinta Richard dan Molly berputik

Richard Wong, 66, dan Molly Teo, 81, bertemu lebih setahun yang lalu di Rumah Seri Kenangan, dan sejak itu, hubungan mereka berkembang menjadi sesuatu yang istimewa. Bagi Molly, Richard bukan sekadar teman di pusat penjagaan itu—dia adalah seseorang yang sentiasa ada, melayannya dengan penuh perhatian dan kasih sayang.

Persamaan dalam kepercayaan agama turut menyatukan mereka. Masa yang mereka luangkan bersama di gereja, mendalami ilmu rohani, hanya memperkukuhkan ikatan yang sudah sedia kuat. Richard pula, dengan sifat penyayangnya, sentiasa mendengar nyanyian Molly tanpa jemu. Bagi Molly, sokongan dan perhatian seperti itu adalah sesuatu yang benar-benar menyentuh hatinya.

Jadi, apabila Richard melamarnya, Molly tidak perlu berfikir panjang. Sikap baik hati dan kasih sayang Richard menjadikan keputusan itu begitu mudah. Kini, kisah mereka adalah bukti bahawa cinta sejati tidak pernah mengenal batas usia.

Richard dan Molly, Pasangan Warga Emas Pertama Berkahwin Di Rumah Seri Kenangan Kuching
Richard (kiri) dan Molly (kanan). Kredit foto: Suara Sarawak

Bukti cinta sejati boleh hadir di usia senja

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, perkahwinan ini adalah lambang bahawa usia bukanlah penghalang untuk mengejar kebahagiaan dan cinta sejati.

ā€œKami di Rumah Seri Kenangan percaya usia bukan penghalang untuk mencari kebahagiaan. Hubungan ini memberikan sokongan emosi serta mengurangkan risiko kesunyian,ā€ ujar Datuk Seri Fatimah kepada pemberita.

Sokongan penuh dari komuniti gereja dan JPN

Proses perkahwinan pasangan ini mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan komuniti gereja. Dengan segala dokumen dan syarat dipenuhi—termasuk memastikan pasangan bebas dari penyakit mental dan berjangkit—majlis berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

Walaupun majlis ini sederhana, ia tetap meriah dengan kehadiran warga Rumah Seri Kenangan dan komuniti gereja yang menyokong penuh perjalanan pasangan ini. Kehangatan dan kasih sayang jelas terpancar sepanjang majlis, menjadikannya sebuah peristiwa yang tidak akan dilupakan.

Richard dan Molly, Pasangan Warga Emas Pertama Berkahwin Di Rumah Seri Kenangan Kuching
Kredit foto: Suara Sarawak

Inspirasi Untuk Warga Emas Lain

Fatimah juga menekankan kepentingan persamaan dalam kepercayaan agama dan minat sebagai asas kepada hubungan yang kukuh. Beliau berharap perkahwinan ini akan menjadi inspirasi kepada warga emas lain untuk tidak berputus asa dalam mencari kebahagiaan, walau pun di usia senja.

Perkahwinan ini menjadi satu permulaan yang positif untuk 2025 di Rumah Seri Kenangan Kuching, mengukir sejarah baru dan menyemarakkan semangat komuniti.

Semoga kisah ini mengingatkan kita semua bahawa cinta dan kebahagiaan adalah hak milik semua, tanpa mengira usia šŸ’•

Comel naa juak eh!

Lagi kisah positif yang boleh anda baca di awal tahun 2025 ini

Ikon Kuching Tampak Lebih Hidup, Kucing Padungan Kini Bermata Biru Raih Puji Netizen
Kisah Jadi Inspirasi Ramai, Veveonah Kini Meneruskan Pelajaran Dalam Bidang Perubatan

SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jason Robert, Pelajar Sabah Raih Artikel Terbaik Majalah Bahasa Inggeris Di Indonesia
Next Article Sediakan Kupon, Saradise Kini Kenakan Caj Parkir Rasmi Sediakan Kupon Fizikal, Saradise Kini Kenakan Caj Parkir Rasmi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ā€˜Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?