• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching

Oleh
Aina Musa
6 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching

Kepada Anda Yang Mengidam American Breakfast Di Awal Pagi

3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching. Kadang kala, pasti anda menginginkan sesuatu yang berlainan daripada hidangan sarapan yang biasa anda santap. Selain daripada hidangan ‘Malaysiana’ seperti teh tarik, roti canai, mi kolok, roti kahwin dan sebagainya, hidangan American Breakfast boleh dijadikan salah satu pilihan sarapan yang pasti menceriakan hari anda. Kebiasaannya, hidangan ini hanya didapati di hotel-hotel semasa waktu sarapan pagi. Takkan lah nak stay hotel semata-mata nak dapatkan sarapan western kan?

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan 3 lokasi kedai sarapan western yang cun untuk anda. Jom kita start!

1. Hi Bread Kopitiam

Hi Bread Kopitiam ini merupakan sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan American Breakfast yang paling legend di Kuching. Sebut sahaja nama kedai ini, semua orang pasti mengenali menu signature nya iaitu sandwich dan hidangan scramble egg serta kacang panggang yang menyegarkan. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan di sini juga sangat berbaloi dengan portion hidangan yang disediakan. Setakat ini, terdapat 4 cawangan Hi Bread di seluruh Kuching iaitu di Jalan Petanak, Pending, Satok dan terbaru, Galacity.

3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching
3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching
3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching
3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching

Lokasi :

  • Cawangan Petanak : 148, Section 80, Jln Rumbia, 93100 Kuching, Sarawak
  • Cawangan Pending : Lot 2159, SL 14, Jalan Permat, Pending Industrial Estate, 93450 Kuching, Sarawak
  • Cawangan Satok : No. 159, Lor Rubber Barat 6, Sin Yen Garden, 93400 Kuching, Sarawak
  • Cawangan Galacity : Belakang Bangunan Xin Fu Tang

Facebook : Hi Bread Kopitiam

2. The Breakfast Factory

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Tabuan pula, The Breakfast Factory juga popular dengan hidangan American Breakfast yang enak. Rata-rata pelanggan yang pernah berkunjung di sini memberikan review yang baik serta rating yang tinggi berdasarkan kualiti hidangan dan harga yang ditawarkan. Terletak di Song Corner, Jalan Song, Tabuan Heights, ia menawarkan harga sekitar RM 6 hingga RM 10 bergantung dengan saiz hidangan yang dipilih. Jika anda tidak mahu bersesak-sesak, pergilah seawal jam 7 pagi. Barulah terasa hari tersebut dibuka dengan sungguh produktif. Apa lagi kalau pagi-pagi dah makan makanan Amerika. Perggh!

3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching
3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching
3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching

Lokasi : Commercial Centre, No.55,Lot 16708, Jalan Song, Tabuan Heights, 93350 Kuching, Sarawak

Facebook : The Breakfast Factory

3. Toast Bread

Anda peminat English breakfast tetapi pasangan atau rakan anda memilih untuk menikmati hidangan lokal untuk sarapan pagi? Usah risau, Toast Bread Cafe ini mampu menyelesaikan masalah anda kerana kafe ini menghidangkan menu sarapan pagi dari American breakfast ke hidangan lokal.

Selain itu, kedai ini juga menawarkan pelbagai jenis pastri untuk digandingkan bersama kopi buatan barista mereka yang dibrew segar setiap hari. Memang ngam kombinasi kedua-dua menu ini!

Fuhh, nikmat betul sarapan pagi di sini.

Nampak cun je kan kalau dapat makan American Breakfast hari ini? Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook seperti yang tertera di atas atau singgah terus ke kedai pun, boleh saja!

Lokasi: Bormill Commercial Centre, 93200 Kuching (Bersebelahan Aeon Mall)

Baca lagi artikel menarik:

Dari English Breakfast Ke Hidangan Lokal, Nikmati Sarapan Pagi Di Toast Bread Cafe Kuching
Buka Seawal Subuh, Hi Bread Kopitiam Ini Merupakan Port Sarapan Legend Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ubah Bilik Darjah Jadi Dunia Luar, Guru Dari Lawas Ini Rangkul Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 Ubah Bilik Darjah Jadi Dunia Luar, Guru Dari Lawas Ini Rangkul Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023
Next Article Demi Sekolah, 70 Pelajar Nekad Seberang Sungai Penuh Buaya Setiap Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?