• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Belum Terima Maklumat Rasmi Berkenaan Projek Kereta Api Trans Borneo

Oleh
Aina Musa
1 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Belum Terima Maklumat Rasmi Berkenaan Projek Kereta Api Trans Borneo

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.

Sarawak Belum Terima Maklumat Rasmi Berkenaan Projek Kereta Api Trans Borneo. Kerajaan Negeri Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan sebuah syarikat berpangkalan di Brunei untuk memulakan projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang akan melalui beberapa destinasi di Bumi Kenyalang.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.

Sarawak Belum Terima Maklumat Rasmi Berkenaan Projek Kereta Api Trans Borneo. Sumber: Trans Borneo

“Ia mungkin cadangan daripada sektor swasta yang tidak melibatkan kerajaan kerana jika kita mahu membina landasan kereta api Kalimantan-Borneo, mesti ada persetujuan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini hari ini.

Beliau berkata Unit Perancang Ekonomi masih menjalankan kajian berhubung projek itu.

“Mereka akan terlibat dalam perbincangan kerajaan dengan kerajaan bersama Indonesia dan Brunei untuk mendapatkan kata sepakat berhubung projek landasan kereta api Borneo,” katanya.

Menteri Pengangkutan dan Penerangan Brunei Pengiran Datuk Seri Setia Shamhary Mustapha pula berkata belum ada perbincangan rasmi di peringkat kerajaan berhubung cadangan projek Kereta Api Trans Borneo.

Bagaimanapun, memetik laporan akhbar Borneo Bulletin, Shamhary berkata pihaknya menyedari aspirasi syarikat itu untuk menyediakan perkhidmatan kereta api di Kepulauan Borneo namun ia masih memerlukan kajian lanjut.

“Walaupun belum ada perbincangan rasmi di peringkat kerajaan mengenainya namun di peringkat ASEAN perkara ini ada disentuh oleh ASEAN Railway SubWorking Group berkaitan kesalinghubungan landasan kereta api dalam ASEAN dan ia mungkin dibangkitkan pada masa depan,” katanya.

Cadangan Brunergy Utama Sdn Bhd yang berpangkalan di Brunei untuk memulakan projek itu telah menarik perhatian media baru-baru ini dan ia bakal memendekkan masa perjalanan antara Brunei, Sarawak, Kalimantan dan Sabah.

Menurut syarikat itu, projek bernilai US$70 bilion (RM330 bilion) tersebut akan dilaksana dalam dua fasa membabitkan laluan sepanjang lebih 1,600 kilometer dan bakal dilengkapi kereta api berkelajuan tinggi yang mencecah kelajuan sehingga 350 kilometer sejam.

Baca lagi artikel menarik:

Bullet Train Pertama Borneo Bakal Dibina, Brunergy Umum Projek Trans Borneo Railway
Abang Jo Rancang Bina Kereta Api Trans Borneo Hubungkan Sarawak, Brunei Dan Indonesia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Kini Buka Semula Laluan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu
Next Article Harga Ayam Dan Minyak Masak Lebih Murah Berbanding Kerajaan Terdahulu – PM Anwar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?