• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bullet Train Pertama Borneo Bakal Dibina, Brunergy Umum Projek Trans Borneo Railway

Oleh
Husna Hazmi
31 Mac 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Bullet Train yang menghubungkan Brunei, Indonesia, Sabah Dan Sarawak

Bullet Train Pertama Borneo Bakal Dibina, Brunergy Umum Projek Trans Borneo Railway. Dilaporkan bahawa, Pulau Borneo akan mempunyai rangkaian kereta api berkelajuan tinggi atau dikenali sebagai bullet train pertama apabila projek Trans Borneo Railway (TBR) menjadi nyata nanti.

Brunergy Utama Sdn Bhd telah mengumumkan projek TBR itu di laman sesawang rasmi mereka dengan mengumumkan bahawa projek berkenaan akan dibina dalam dua fasa, melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer (km). 

Bullet Train Pertama Borneo Bakal Dibina, Brunergy Umum Projek Trans Borneo Railway
Bullet Train Pertama Borneo Bakal Dibina, Brunergy Umum Projek Trans Borneo Railway. Gambar sekadar hiasan

Setiap perjalanan ambil masa 30 minit

Syarikat milik penuh warga Brunei itu juga berkata purata laluan setiap stesen adalah 150km, dengan kelajuan 300 hinggga 350km sejam dan purata bagi setiap perjalanan akan mengambil masa selama 30 minit sahaja.

Fasa pertama pembinaan pengangkutan ini akan menghubungkan kuasa ekonomi di bandar-bandar pantai barat ke timur; bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

Bullet Train Pertama Borneo Bakal Dibina, Brunergy Umum Projek Trans Borneo Railway
Gambar sekadar hiasan

Bandar yang terlibat dalam Fasa Pertama

Menurut Brunergy, pembinaan laluan dalam fasa pertama ini kelak akan melibatkan bandar raya Kota Kinabalu-Kimanis/Papar-Beaufort-Sipitang-Lawas-Bangar-Limbang-Bukit Panggal-Miri-Bintulu-Sibu-Sri Aman-Kuching-Sambas-Singgawang-Mempawah-Pontianak.

Fasa kedua pula nanti akan memasuki wilayah Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubungkan laluan utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda dan kemudiannya ibu negara Indonesia di masa depan, Nusantara.

Pembinaan bagi laluan fasa kedua ini melibatkan stesen dari Bukit Panggal (di Brunei) ke Long Seridan-Ba’ Kelalan-Long Bawan-Malinau-Tanjung Selor-Tandjungredeb-Pengadan-Lubuk Tutung-Bontang-Samarinda-Balikpapan.

Bullet Train Pertama Borneo Bakal Dibina, Brunergy Umum Projek Trans Borneo Railway

TBR jadi tuan rumah empat terminal

TBR ini juga dikatakan bakal menjadi tuan rumah kepada empat terminal yang berfungsi sebagai hab utama untuk pengangkutan massa, bersama-sama dengan 24 stesen di seluruh pulau.

Kedua-dua laluan kereta api berkenaan akan bersambung di daerah Tutong, Brunei yang terletak di lokasi strategik dan berfungsi sebagai hab pusat TBR.

Brunergy Utama Sdn Bhd (Brunergy) memberi tumpuan kepada pembinaan projek infrastruktur utama untuk memacu pertumbuhan ke hadapan di Borneo. Brunergy pada mulanya dikenali sebagai Mumin Energy (B) Sdn Bhd dan beroperasi dalam sektor minyak dan gas.

Bullet Train Pertama Borneo Bakal Dibina, Brunergy Umum Projek Trans Borneo Railway
Gambar sekadar hiasan

Kereta api berkelajuan tinggi ‘bullet train’

Kereta api berkelajuan tinggi juga dikenali sebagai ‘bullet train,’ merupakan sejenis kereta api penumpang yang beroperasi pada rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang mampu mencapai kelajuan maksimum 320km atau lebih sejam serta menawarkan pengalaman perjalanan yang sangat unik dan pantas kepada para penumpang.

Dengan adanya kereta api berkelajuan tinggi ini, penjimatan masa untuk ke suatu detinasi akan berkurangan di samping pengurangan kos dan penjimatan masa pemindahan untuk barangan memasuki pasaran yang mungkin akan melonjak dalam produktiviti untuk ekonomi perkongsian pulau ini.

Untuk pengetahuan, projek ini pertama kali dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2022, sebelum ia diumumkan sekitar Jun 2023, selepas syarikat berkenaan mengadakan beberapa siri lawatan kepada kementerian berkaitan di ketiga-tiga negara.  

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Laluan Fasa Pertama ART Sarawak Tular, Boleh Naik Dari Summermall Ke Waterfront
Bintulu Bakal Jadi Bandar Kedua Miliki Laluan ART Di Sarawak
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Sarawak Ini Berjaya Peroleh Tawaran Ijazah Sarjana Muda Di Amerika Syarikat Anak Sarawak Ini Berjaya Peroleh Tawaran Ijazah Sarjana Muda Di Amerika Syarikat
Next Article Hanya Kerana Tak Dengar Arahan, Pengasuh Tergamak Dera Anak Instafamous Di Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?