• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bincang Hak Autonomi Penuh Sektor Kesihatan

Oleh
Farisha
8 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Menteri Kesihatan ke Kuching, Sarawak untuk runding autonomi kesihatan

Sarawak Bincang Hak Autonomi Penuh Sektor Kesihatan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian mengumumkan bahawa satu mesyuarat antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak akan diadakan minggu hadapan.

Perkara tersebut adalah untuk menyelesaikan butiran terperinci mengenai perjanjian bagi menyerahkan autonomi dan kawalan penuh sektor kesihatan kepada Sarawak.

Sarawak Bincang Hak Autonomi Penuh Sektor Kesihatan
Sarawak Bincang Hak Autonomi Penuh Sektor Kesihatan. Sumber: dayakdaily

Menteri Kesihatan Persekutuan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad akan datang ke Kuching untuk perbincangan tersebut. Menurut Dr Sim, perjanjian prinsip antara Putrajaya dan Sarawak telah pun dicapai, cuma pelaksanaannya belum dilakukan. Beliau menegaskan agar pelaksanaan autonomi dan kawalan diselesaikan dengan segera.

Menurut sumber, pada tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju secara prinsip untuk memberi Sarawak autonomi penuh dalam hal ehwal pendidikan dan kesihatan. Langkah ini disifatkan penting dalam menyelesaikan isu hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Autonomi kesihatan dan pendidikan manfaatkan rakyat Sarawak

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Sarawak dan Sabah Datuk Seri Fadillah Yusuf menyatakan bahawa persetujuan prinsip telah dicapai dan butiran pelaksanaannya sedang digarap. Autonomi kuasa ini akan membolehkan Sarawak mengawal pembangunan pendidikan dan kesihatan.

Sebelum ini, kelewatan projek kesihatan persekutuan di Sarawak kerana proses birokrasi yang panjang tetapi dengan autonomi ini, keputusan dan agihan dana pembangunan dapat dipercepat. Oleh itu, autonomi kuasa ini bakal menguntungkan rakyat Sarawak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pemaju Perumahan Di Sarawak Tidak Wajib Bina Rumah Mampu Milik – Abang Jo
Ini Kalender Cuti Umum Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak Tahun 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Berkait Kartel Dadah, Pegawai Agensi Penguatkuasa Sabah Berjaya Ditahan Didakwa Berkait Kartel Dadah, Pegawai Agensi Penguatkuasa Sabah Berjaya Ditahan
Next Article Mahasiswa UMS Terpaksa Mohon Maaf Kepada Menteri KPT Kerana Tak Mandi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?