21 kes positif COVID-19 dicatatkan hari ini di 4 daerah di Sarawak
Sarawak hari ini mencatatkan 21 kes positif COVID-19 secara keseluruhannya menjadikan kes keseluruhan positif COVID-19 di Sarawak kepada 927 setakat hari ini. Pecahan 21 kes positif tersebut adalah seperti berikut :
Kuching – 12 kes baharu
Lundu – 3 kes baharu
Miri – 3 kes baharu
Lawas – 3 kes baharu
Untuk 12 kes baharu di Kuching, 8 kes positif tersebut adalah hasil saringan baru kontak kluster greenhill. 6 kes merupakan kontak rapat kepada kes 877 yang dilaporkan positif pada 31 Oktober 2020 yang lalu. Kes kes ini telah menjalani saringan di klinik kesihatan pada 1 November 2020 dan disahkan positif pada 2 November 2020. 2 daripada 6 kes ini mengalami gejala demam dan batuk pada 31 Oktober dan 1 November 2020.
2 kes positif lagi pula merupakan kontak rapat kepada 832 dan juga 876. 2 kes ini merupakan seorang lelaki dan juga seorang perempuan dan mereka tidak menunjukkan sebarang gejala. Kesemua kes hasil saringan kontak kluster greenhill ini berusia dalam lingkungan 20 tahun sehingga 60 tahun. Kesemua mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
3 kes baharu juga dicatatkan dari Kluster Wisma Saberkas. Ketiga-tiga kes ini merupakan warganegara tempatan yang menjalankan perniagaan elektronik di bangunan wisma saberkas. Ketiga-tiga kes ini dikesan melalui saringan pengesanan kes secara aktif (acd) yang telah dijalankan pada 2 november 2020. kes-kes ini terdiri daripada tiga orang wanita yang berumur dalam lingkungan 55 hingga 60 tahun.
1 kes lagi di Kuching merupakan kes import, kes merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang telah pulang dari Selangor melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA-1) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 22 Oktober 2020. Kes telah menjalani saringan COVID-19 setibanya di KIA dan ujian rT-PCR kes adalah negatif untuk jangkitan COVID-19. Kes telah dimasukkan ke pusat kuarantin hotel untuk menjalani kuarantin wajib selama 14
hari.
Kes telah menjalani ujian saringan kedua pada 31 Oktober 2020 dan ujian rT-PCR pada hari ke-10 kes ini telah didapati positif pada 2 November 2020. Kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut, Kes dikategorikan sebagai Import B iaitu telah mendapat jangkitan semasa berada di Selangor.
3 kes positif yang dicatatkan di Miri pula adalah seperti berikut :
Saringan kontak rapat kluster Greenhill (2 orang) :
Seorang (1) kes merupakan rakan kepada kes Ke-829 yang telah dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Kes ini tidak mengalami tanda dan gejala jangkitan COVID-19.
Seorang (1) kes merupakan rakan kepada kes Ke-829 yang pernah makan bersama dan telah dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Kes ini juga tidak mengalami tanda dan gejala jangkitan COVID-19.
Kes Saringan Kontak Rapat Kepada Kes Positif COVID-19 (1 Kes Baharu)
Kes ini merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang bertugas sebagai pemandu kepada pekerja minyak dan gas di Daerah Miri. Kes ini telah disaring kerana mempunyai kontak rapat kepada kes-kes Ke-828, 830 dan 831 yang telah dilaporkan pada 28 Oktober 2020.
Kes ini telah disaring pada 30 Oktober 2020 dan keputusan ujian rT-PCR kes didapati positif pada 02 November 2020. Kes tidak menunjukkan tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
3 kes positif yang dicatatkan di Miri pula adalah seperti berikut :
Kes balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 (Kes Import-B)
Ketiga-tiga (3) kes ini merupakan sebuah keluarga warganegara tempatan yang baru balik dari Daerah Beaufort, Sabah. Mereka telah balik ke Lawas melalui ICQ Merapok pada 29 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke pusat kuarantin hotel untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari.
Kes-kes ini adalah bapa, emak dan anak yang masing-masing berumur dalam lingkungan 1 tahun dan 27 tahun. Emak kepada anak berumur 1 tahun ini adalah seorang guru di sebuah Kolej Vokasional di Sabah.
Kes telah menjalani saringan pada 31 Oktober sama di pusat kuarantin dan ujian rT-PCR mereka didapati positif pada 02 November 2020. Kes-kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kesemua kes telah dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Kes-kes dikatogorikan sebagai Import B iaitu mendapat jangkitan dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 iaitu Sabah.
Lundu Turut Catat 3 Kes Positif Hari Ini
Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di Kampung Teluk Melano, Lundu (3 Kes Baharu)
Hari ini, tiga (3) kes baharu telah dikesan melalui saringan pengesanan kes secara aktif (ACD) yang telah dijalankan di Kampung Teluk Melano, di Daerah Lundu. Kes-kes ini terdiri daripada warganegara tempatan, dua orang wanita dan seorang lelaki yang masing-masing dalam lingkungan umur 34 hingga 62 tahun. Kesemua kes ini telah disaring pada 1 November 2020 dan didapati positif pada 2 November 2020.
Dua orang kes telah mengalami demam dan batuk mulai 30 dan 31 Oktober 2020 Kesemua ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sawarak untuk rawatan lanjut. Aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan di Kampung Teluk Melano berikutan satu kes positif telah dikesan dan dilaporkan pada 30 Oktober 2020 iaitu kes Ke-871.
Setakat 3 November 2020, jam 12:00 tengah hari sejumlah 333 individu yang telah disaring di Teluk Melano adalah seperti berikut:
- 4 kes positif (ternasuk kes Ke-871)
- 244 individu negatif saringan COVID-19
- 85 individu masih menunggu keputusan.
Tiada kluster baru dilaporkan hari ini, dan 6 kluster masih lagi aktif. 6 kluster tersebut adalah :
1. Kluster Baki di Daerah Kuching
2. Kluster Greenhill di Daerah Kuching
3. Kluster Wisma Saberkas di Daerah Kuching
4. Kluster Bah Arnab di Daerah Kuching
5. Kluster Seladah di Daerah Kuching
6. Kluster Putra di Daerah Bintulu