• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Dibahagikan Kepada 2 Zon, Pergerakan Rentas Zon Perlu Izin Polis

Oleh
Ismail NA
27 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi.

Sarawak Dibahagikan Kepada 2 Zon, Pergerakan Rentas Zon Perlu Izin Polis. Majlis Keselamatan Negara melalui Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memutuskan bahawa kerajaan persekutuan meluluskan permohonan kerajaan Sarawak untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara zon di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi.
  • SOP Hari Raya Aidil Adha
  • Pelaksanaan semula PKP beri impak buruk kepada negara
  • Artikel berkaitan :

Oleh yang demikian, Sarawak kini dibahagikan kepada 2 zon iaitu :

Zon 1 : Bahagian Kuching, Kota Samarahan dan Serian

Zon 2 : Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas

Hanya pergerakan dalam zon sahaja yang dibenarkan manakala pergerakan rentas zon perlu mendapat keizinan daripada pihak polis terlebih dahulu. Had pergerakan perjalanan antara zon ini dilaksanakan mulai 1 sehingga 14 Ogos 2020.

Sarawak Dibahagikan Kepada 2 Zon, Pergerakan Rentas Zon Perlu Izin Polis
Gambar hiasan.
Sumber foto : BERNAMA

Contoh pergerakan dalam zon adalah seperti dari Kuching ke Samarahan dan Serian serta sebaliknya. Begitu juga dengan pergerakan dalam zon 2. Kedua-dua zon ini diklasifikasikan mengikut zon kuning (Zon 1) dan zon hijau (Zon 2).

Selain itu, jumlah penerbangan dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke Sarawak akan dihadkan mulai 1 Ogos hingga 14 Ogos 2020.

Sarawak Dibahagikan Kepada 2 Zon, Pergerakan Rentas Zon Perlu Izin Polis
Sarawak Dibahagikan Kepada 2 Zon, Pergerakan Rentas Zon Perlu Izin Polis

SOP Hari Raya Aidil Adha

Untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha pula, hanya 20 orang pengunjung sahaja dibenarkan melawat ke jamuan rumah pada satu-satu masa.

Ibadah korban yang dilakukan di masjid, surau serta lokasi yang dibenarkan pula dihadkan kepada maksimum 10 ekor lembu atau haiwan korban sahaja.

Nisbah jumlah kehadiran ibadah korban ialah seramai 20 orang untuk seekor haiwan. Ini termasuk individu seperti tukang sembelihan, tukang edar dan tukang lapah.

Sarawak Dibahagikan Kepada 2 Zon, Pergerakan Rentas Zon Perlu Izin Polis
Gambar hiasan.
Sumber : korbanaqiqah.com.my

Jamuan makan dan kenduri juga tidak dibenarkan kecuali makanan berbungkus.

Pelaksanaan semula PKP beri impak buruk kepada negara

Pihak kerajaan juga akan mempertimbangkan semula pelaksanaan PKP jika angka positif terus meningkat sehingga 3 digit. Namun, pelaksanaan semula tersebut diberi amaran akan memberi impak yang negatif terhadap ekonomi dan kesejahteraan negara.

Jadi, tanggungjawab kini terletak di tangan kita semua. Marilah kita sama-sama mematuhi SOP kerana perjuangan melawan pandemik ini tidak akan selesai selagi penawar belum dijumpai.

Biasakan diri anda dengan norma baharu. Kita boleh melakukannya.

Artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga
Next Article Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofil Akan Cuba Ambil Kesempatan Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofil Akan Cuba Ambil Kesempatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?