• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Diberi Lampu Hijau Untuk Vaksinasi Penduduk Luar Bandar Sekaligus Tanpa Ikut Fasa

Oleh
ILB - AI
16 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini dinyatakan oleh Dr. Sim Kui Hian.

Sarawak Diberi Lampu Hijau Untuk Vaksinasi Penduduk Luar Bandar Sekaligus Tanpa Ikut Fasa. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Sim Kui Hian, kerajaan persekutuan membenarkan Sarawak untuk vaksinasi penduduk luar bandar sekaligus tanpa ikut fasa susulan masalah logistik yang dihadapi untuk pengagihan vaksin di kawasan pedalaman. Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr. Kelvin Yii menyokong keputusan kerajaan persekutuan yang membenarkan Sarawak menvaksinasi semua penduduk luar bandar berbanding menggunakan pendekatan tiga fasa dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sarawak Diberi Lampu Hijau Untuk Vaksinasi Penduduk Luar Bandar Sekaligus Tanpa Ikut Fasa
Sarawak Diberi Lampu Hijau Untuk Vaksinasi Penduduk Luar Bandar Sekaligus Tanpa Ikut Fasa

Jelas Kelvin lagi, selain daripada pelbagai masalah logistik, kebanyakan penduduk luar bandar tidak mempunyai akses kepada Internet atau aplikasi MySejahtera, yang menyukarkan mereka untuk didaftarkan atau dikesan.

“Sebilangan mereka yang tinggal di daerah terpencil berisiko ketinggalan, terutamanya untuk mendapatkan dos kedua, yang diberikan 21 hari (selepas dos pertama),” kata beliau. Di bawah program imunisasi kebangsaan, petugas barisan hadapan adalah yang pertama diberi vaksin, diikuti oleh golongan berusia lebih daripada 65 tahun dan mereka yang mempunyai penyakit serius, kemudian orang awam.

“Saya sokong keputusan itu. Pihak berkuasa mesti bertindak pantas memberi vaksin kepada penduduk luar bandar untuk melindungi mereka daripada strain baharu yang lebih senang berjangkit,” kata beliau.

“Fasiliti dan perkhidmatan penjagaan kesihatan tidak berkemampuan sekiranya terlalu ramai pesakit mengalami gejala yang teruk.”

Cadangan ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Interaksi Dengan Penduduk Luar Bandar Sarawak Tentang Vaksin Berkesan Jika Guna Dialek Tempatan. Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr. Kelvin Yii berkata, usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk luar bandar perlu menggunakan bahasa dan dialek tempatan untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap program vaksinasi.

Sarawak Diberi Lampu Hijau Untuk Vaksinasi Penduduk Luar Bandar Sekaligus Tanpa Ikut Fasa
Dr. Kelvin Yii, Ahli Parlimen Kuching

“Saya sedar sebilangan penduduk luar bandar ragu-ragu untuk menerima vaksin. Kita perlu menggunakan bahasa ibunda mereka dan melibatkan ketua rumah panjang serta ketua kampung, untuk memastikan mereka faham manfaat vaksin,” kata beliau.

Baca juga perkembangan vaksin yang lain di Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seramai 102 Individu Di Sarawak Telah Dikompaun RM10,000 Langgar SOP
Next Article Whatsapp Bakal Memperkenalkan Panggilan Suara, Video Di Whatsapp Web

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?