fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
2 Mac 2021
Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Laporan rasmi dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 setakat 2 Mac 2021.

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia. Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, fasa pertama program vaksinasi COVID-19 telah pun dimulakan sejak penghujung Februari yang lalu.

Di Sarawak pula, penerima vaksin COVID-19 pada 3 hari pertama (setakat 28 Februari 2021) telah pun mencecah angka seramai 8,323 orang. Terbaharu, laporan ringkas daripada ciapan Twitter rasmi JKJAV hari ini pula mengesahkan kedudukan Sarawak sebagai negeri dengan penerima suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini iaitu seramai 9,108 orang.

Data ini adalah data rasmi setakat jam 11.59 malam pada 1 Mac 2021.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 295 Lagi Pelatih Disahkan Positif, Pulapol Borneo Height Dikenakan PKPD

Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia
Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia
Sumber : Twitter JKJAV

Jumlah ini jauh meninggalkan negeri-negeri lain di Malaysia termasuklah Pahang, Perak , Johor dan Kuala Lumpur dengan majoriti antara 5,000 hingga 6,000 orang berbanding Sarawak.

Sarawak sasar lengkapkan vaksinasi pada Ogos, telah terima lebih 54 ribu dos hari ini

Untuk makluman anda, Sarawak telah menerima bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech pada Rabu lepas, iaitu 24 Februari 2021. Sebanyak 23,400 dos vaksin diterima pada hari tersebut.

Penghantaran kedua dos vaksin yang tiba di Sarawak hari ini berjumlah 31,590 dos diikuti penghantaran ketiga dan keempat pada 10 Mac dan 17 Mac 2021. Masing-masing dos yang dihantar ini adalah sebanyak 4,680 dos.

Dua penghantaran terakhir pula akan tiba pada 24 Mac iaitu sebanyak 14,040 dos dan 31 Mac iaitu sebanyak 9,360 dos.

Terdahulu, kerajaan Sarawak juga berhasrat untuk menyelesaikan program vaksinasi untuk rakyat Sarawak pada bulan Ogos 2021, awal 6 bulan dari jangkaan tamat untuk Pelan Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan. Malah, Sarawak juga kini sedang mencari cara untuk mendapatkan bekalan vaksin secara terus tanpa melalui kerajaan persekutuan bagi mencapai matlamat tersebut.

Baca selanjutnya di sini :

Share109Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy