• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Energy Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Bekalan Elektrik Terganggu Akibat Banjir

Oleh
Husna Hazmi
2 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak Energy tutup beberapa pencawang elektrik sebagai langkah keselamatan

Sarawak Energy Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Bekalan Elektrik Terganggu Akibat Banjir. Dilaporkan, Sarawak Energy telah mengambil langkah proaktif dengan menutup beberapa pencawang elektrik sebagai langkah keselamatan susulan banjir dan tanah runtuh yang semakin memburuk.

Dalam satu kenyataan media, Sarawak Energy memaklumkan bahawa langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan awam serta membolehkan pasukan teknikal mereka bersedia untuk memulihkan bekalan dengan cepat dan selamat. Hujan lebat berterusan telah menyebabkan banjir besar di beberapa kawasan, sekaligus mengakibatkan gangguan bekalan elektrik secara meluas.

Sarawak Energy Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Bekalan Elektrik Terganggu Akibat Banjir
Sarawak Energy Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Bekalan Elektrik Terganggu Akibat Banjir. Sumber gambar: Sinar Harian

Kenapa ada gangguan elektrik walaupun rumah tak dinaiki air?

Bagi mereka yang tinggal di kawasan tidak terjejas banjir tetapi mengalami gangguan elektrik, ini mungkin berpunca daripada pencawang yang ditutup atau talian elektrik yang rosak akibat cuaca buruk. Pasukan teknikal Sarawak Energy sedang berada di lokasi terjejas dan pasukan tambahan juga telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga 24 jam untuk tindakan segera.

Namun, mereka mengakui bahawa usaha pemulihan menghadapi cabaran besar seperti hujan lebat berterusan, keadaan berbahaya serta laluan yang sukar diakses.

Walaupun keadaan mencabar, semua loji janakuasa termasuk stesen hidroelektrik di Bakun, Murum, dan Batang Ai masih beroperasi seperti biasa dengan paras takungan air yang stabil.

Sarawak Energy Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Bekalan Elektrik Terganggu Akibat Banjir

Elak bahaya elektrik semasa banjir

Sarawak Energy turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan risiko elektrik, seperti:

  • Jauhi talian elektrik yang tumbang kerana ia mungkin masih aktif dan boleh menyebabkan renjatan.
  • Jika air mula naik, tutup bekalan elektrik di papan suis utama.
  • Pindahkan peralatan elektrik ke tempat lebih tinggi sebelum air banjir sampai ke rumah anda.
  • Jangan gunakan peralatan elektrik yang telah tenggelam dalam air banjir sebelum diperiksa oleh juruelektrik bertauliah.
Sarawak Energy Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Bekalan Elektrik Terganggu Akibat Banjir
Sumber gambar: Sarawak Energy

Jika anda berada di dalam bot di kawasan banjir, pastikan anda berhati-hati dengan talian elektrik kerana paras air yang tinggi boleh menyebabkan ia lebih hampir dengan talian bertekanan tinggi.

Selepas banjir surut, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus menghidupkan elektrik di rumah tanpa pemeriksaan rapi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti renjatan atau kebakaran.

Untuk sebarang insiden berkaitan bekalan elektrik atau kemalangan akibat cuaca buruk, Sarawak Energy boleh dihubungi 24/7 di talian 1300-88-3111 atau melalui aplikasi SEB Cares menggunakan fungsi ‘Make A Report’.

Jadi, jika anda berada di kawasan terjejas, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dan patuhi langkah keselamatan yang disarankan. Keselamatan anda lebih penting daripada segalanya!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kerajaan Sarawak Akan Hulur Bantuan RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir
Pendapatan Sarawak Raih RM14.2 Bilion 2024, Jadi Antara Negeri Berprestasi Terbaik Di Malaysia
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Loghat Bah Menyatukan Jiwa Negeri Di Bawah Bayu, Ketahui Keunikan Bahasa Sabah
Next Article Jambatan Tuaran RM18 Juta Bengkok, Netizen Persoal Kualiti Binaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?