• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Guna Dana Sendiri Bina Pusat Rawatan Kanser Dalam Masa Terdekat

Oleh
Aina Musa
31 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Guna Dana Sendiri Bina Pusat Rawatan Kanser Dalam Masa Terdekat

Kerajaan Sarawak akan guna tabung sendiri bina Pusat Rawatan Kanser

Sarawak Guna Dana Sendiri Bina Pusat Rawatan Kanser Dalam Masa Terdekat. Sarawak bakal menjadi pusat rawatan kanser dan penjagaan kesihatan dalam masa terdekat.

Sarawak Guna Dana Sendiri Bina Pusat Rawatan Kanser Dalam Masa Terdekat
Sarawak Guna Dana Sendiri Bina Pusat Rawatan Kanser Dalam Masa Terdekat. Sumber: Suara Sarawak

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pusat kanser yang dicadangkan mungkin meliputi program kesihatan selain rawatan kanser, menjadikannya destinasi pelancongan perubatan.

Bakal dilengkapi dengan kemudahan perubatan terkini

“Ia mungkin melangkaui rawatan kanser kerana pesakit memerlukan persekitaran dan program kesihatan yang kondusif untuk mereka pulih dan sembuh sepenuhnya.

Sarawak Guna Dana Sendiri Bina Pusat Rawatan Kanser Dalam Masa Terdekat
Institut Kanser Negara

“Malah, saya telah melawat pusat kesihatan spa di Budapest untuk melihat secara langsung program kesihatan yang difikirkan.

“Walaupun penjagaan perubatan adalah urusan Kerajaan Persekutuan, Sarawak bersedia membantu daripada tabung sendiri untuk menubuhkan hospital ini yang akan dilengkapi dengan kemudahan terkini dengan tujuan untuk menjadikannya ciri utama pelancongan perubatan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Jalinan Bersama Persatuan Hospital Swasta Malaysia di Hotel Hilton, di sini, semalam.

Bakal dibina di Kota Samarahan

Abang Johari menambah, pusat kanser itu akan terletak di Kota Samarahan, berhampiran dengan Pusat Jantung Sarawak.

Bersama-sama dengan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) dan Hospital Pengajian Unimas, beliau menegaskan, ia akan menjadi sebahagian daripada kluster.

“Kita telah mengenal pasti kawasan sepanjang jalan Kota Samarahan menghala ke Pusat Jantung Sarawak, SIDC serta kemudahan pendidikan untuk sandaran perkhidmatan yang diperlukan dalam industri penjagaan kesihatan ini,” katanya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Ooi Choo Huck.

Antara projek lain yang bakal dibina di Sarawak:

Selepas Hidrogen, Sarawak Bersedia Terokai Tenaga Berasaskan Angin Pula
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bantu Didik Masyarakat, Kempen Banteras Jenayah Seksual Siber Terhadap Kanak-Kanak Dilancarkan
Next Article Belasah Remaja Wanita Tanpa Belas Kasihan, Netizen Bengang Dengan Lelaki Dayus Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?