• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bantu Didik Masyarakat, Kempen Banteras Jenayah Seksual Siber Terhadap Kanak-Kanak Dilancarkan

Oleh
Husna Hazmi
30 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kempen adalah pada Peringkat Negeri Sarawak.

Bantu Didik Masyarakat, Kempen Banteras Jenayah Seksual Siber Terhadap Kanak-Kanak Dilancarkan. Zaman kini, semua perkara boleh didapati secara talian, termasuklah jenayah siber seperti seksual terhadap kanak-kanak.

Oleh demikian, dilaporkan Kompleks Kebajikan Dalat pada hari ini telah melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Secara Siber Terhadap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sarawak dan Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Mohamad Razi Sitam.

Bantu Didik Masyarakat, Kempen Banteras Jenayah Seksual Siber Terhadap Kanak-Kanak Dilancarkan
Bantu Didik Masyarakat, Kempen Banteras Jenayah Seksual Siber Terhadap Kanak-Kanak Dilancarkan. Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Berita Harian

Inisiatif dalam membimbing kanak-kanak dan ibu bapa serta komuniti

Menurut beliau, kempen ini merupakan salah satu inisiatif dalam membantu dan membimbing kanak-kanak dan ibu bapa serta komuniti dalam beberapa jenayah siber pada masa kini.

Sebanyak 1,055 kes penderaan kanak-kanak telah direkodkan dari Januari hingga Jun tahun ini dan 706 kes melibatkan kanak-kanak perempuan manakala 349 kes melibatkan kanak-kanak lelaki, jelas beliau mengambil data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut data daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, dari Januari hingga Jun 2022, sebanyak 1,348 kes kesalahan sksual melibatkan kanak-kanak direkodkan dengan pecahan 641 kes rogol, 47 kes rogol berkumpulan, 127 sumbang mahram, 95 kes seks luar tabii dan 438 cabul, tambah beiau lagi.

Data daripada PDRM juga menunjukkan 106,764 alamat Internet Protocol (IP) yang berdaftar di Malaysia telah membuat perkongsian pornografi kanak-kanak sejak 2017 hingga Ogos 2022.

Kementerian katanya, turut berusaha menangani isu penderaan kanak-kanak melalui beberapa kaedah.
Antaranya jelas beliau, melalui penubuhan One Stop Teenage Pregnancy Commitee (OSTPC) dalam menangani isu kehamilan remaja, pelancaran Overlay Keselamatan Kanak-Kanak pada 16 Oktober di mana kaktus diperkenal sebagai simbol, agar masyarakat perlu bersama-sama bekerjasama melindungi kanak-kanak, menguar-uarkan perkhidmatan Talian Kasih 15999 dan WhatsApp Talian Kasih 019-2615999 bagi melaporkan kes kanak-kanak.

Bantu Didik Masyarakat, Kempen Banteras Jenayah Seksual Siber Terhadap Kanak-Kanak Dilancarkan
Gambar sekadar hiasan. Sumber Foto: Your Counselling

Memperkasa perkhidmatan kaunseling

Sementara itu katanya, kementerian turut berusaha memperkasa perkhidmatan kaunseling di 108 pejabat kebajikan masyarakat daerah dan bahagian, selain memperkasa 146 pusat aktiviti kanak-kanak sebagai hab perkhidmatan kanak-kanak.

Kaktus dipilih sebagai simbol keselamatan kanak-kanak bagi melambangkan ketahanan dan kekuatan,

“Lima cabang pada kaktus melambangkan kanak-kanak itu sendiri, ibu, bapa, adik beradik dan masyarakat yang perlu sentiasa ada untuk menyokong penerapan nilai-nilai murni dan pembangunan sahsiah dalam diri kanak-kanak.

“Kementerian juga menggunakan beberapa pendekatan bagi mencegah jenayah seksual secara siber terhadap kanak-kanak melalui program advokasi, intervensi dan perkhidmatan sokongan sosial khususnya untuk keluarga dan kanak-kanak berisiko tinggi,” jelas beliau.

Selain itu, marilah kita semua menerap nilai tanggungjawab di dalam diri kita untuk sama-sama melindungi generasi muda negara kita.

Baca lagi berita Borneo di sini:

Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak
Lelaki Warga Emas Dipenjara 12 Tahun Atas Penderaan Seksual Kanak-Kanak
Bapa Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Bawah Umur Di Kuching
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Superman Atas Jalan, Kini Tidak Merasa Aman Kerana Boleh Dipenjara Dan Didenda
Next Article Sarawak Guna Dana Sendiri Bina Pusat Rawatan Kanser Dalam Masa Terdekat Sarawak Guna Dana Sendiri Bina Pusat Rawatan Kanser Dalam Masa Terdekat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?