• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar IPT Kini Layak Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM 200

Oleh
Ismail NA
23 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Bantuan baharu untuk meringankan beban pelajar IPT luar daerah di Sarawak

Pelajar IPT Kini Layak Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM 200. Bagi meringankan beban pelajar IPT di Sarawak, kerajaan Sarawak telah meluluskan penambahbaikan kriteria permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) yang kini turut meliputi pelajar IPT yang layak.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menghebahkan perkara berkenaan di media sosial beliau hari ini.

Pelajar IPT Kini Layak Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM 200
Pelajar IPT Kini Layak Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM 200. Sumber: FB Dr Sim Kui Hian

Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak tersebut merupakan bantuan bayaran sewa rumah sebanyak RM 200, kini diperluaskan kepada pelajar institut pengajian tinggi awam mahupun swasta yang menyewa di Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.

Skim tersebut membolehkan pelajar IPT yang memerlukan menerima bantuan bayaran sewa sebanyak RM 200 sehingga maksimum 36 bulan.

Walau bagaimanapun, pelajar IPT yang memohon mestilah berasal dari luar daerah selain bandar Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri serta perlu menyewa rumah atau bilik untuk tujuan menyambung pelajaran.

Syarat baharu skim SRAS menyaksikan had pendapatan bulanan pemohon dinaikkan kepada RM 4,556 sebulan

Bermula pada 1 Januari 2024, syarat kelayakan skim SRAS ini juga telah dikemaskini dengan kelayakan diperluaskan kepada pasangan berkahwin dengan jumlah pendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM 4,556, ibu atau bapa tunggal atau individu bujang yang sedang bekerja dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,556 serta pelajar IPT luar daerah yang menyambung pelajaran di Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.

Pelajar IPT Kini Layak Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM 200

Individu yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini perlu menghantar dokumen sokongan seperti;

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan sijil perkahwinan atau perceraian
  • Salinan sijil lahir/MyKid atau kad pengenalan anak yang masih dalam tanggungan dan tinggal bersama pemohon
  • Slip gaji sebagai bukti pendapatan bulanan yang diperolehi oleh ketua isi rumah atau pasangan
  • Salinan kad OKU bagi pemohon berstatus OKU
  • Perjanjian sewa rumah yang telah ditandatangani dan dicop
  • Kebenaran daripada pemilik premis sewaan untuk pemohon memohon SRAS, dan;
  • Gambar premis sewaan

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak ini, anda boleh layari laman sesawang Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) di http://www.hdc.sarawak.gov.my/ atau menghubungi mereka di talian 082-444 381 atau 082-444 681.

Lagi bantuan yang sedang dipertimbang untuk dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak:

Kerajaan Sarawak Mahu Beri Insurans Percuma Dan Bantuan Kebajikan Buat B40 Menjelang Tahun 2024
Dapat Rawatan Percuma Di Klinik Swasta, Ini Cara Semak Kelayakan Skim Perubatan MADANI
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sindiket Dadah Terbesar Di Sabah, Lagi 8 Individu Termasuk Bekas Polis Kini Dikehendaki Sindiket Dadah Terbesar Di Sabah, Lagi 8 Individu Termasuk Bekas Polis Kini Dikehendaki
Next Article Pengarah Syarikat Miliki Kayu Balak Haram, Diarah Bayar Royalti RM163K Kepada Kerajaan Sarawak Pengarah Syarikat Miliki Kayu Balak Haram, Diarah Bayar Royalti RM163K Kepada Kerajaan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?