• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K

Artikel Ini Dibawakan Oleh
TEGAS Digital Village
Kongsi
4 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh
TEGAS Digital Village

Program khas untuk usahawan muda yang baru nak ‘up’.

Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K. Malaysia kini sedang menuju ke arah sebuah negara berstatus endemik. Ekonomi juga dilihat semakin pulih dan bersedia untuk kembali menawarkan khidmat yang terbaik buat pelanggan. Namun, untuk bangkit dari pandemik ini, pastinya perniagaan baharu memerlukan dana kewangan yang lebih untuk mengembangkan lagi bisnes kan?

Isi Isi Penting
  • Program khas untuk usahawan muda yang baru nak ‘up’.
  • 5 pemenang bakal terima geran RM 15,000 seorang beserta manfaat akses dari TEGAS
  • Bah, ajuh daftar!
  • Kami juga pernah menerbitkan kisah kejayaan usahawan Sarawak yang juga merupakan peserta Shell LiveWIRE di sini :
  • Baca juga bagaimana start-up yang juga merupakan alumni Sarawak Shell LiveWIRE mengadaptasikan perniagaan mereka sewaktu PKP yang lalu :

Mungkin anda usahawan yang dicari oleh Sarawak Shell LiveWIRE! Untuk pengetahuan anda, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah bekerjasama dengan syarikat minyak dan gas, Shell untuk menganjurkan program Sarawak Shell LiveWIRE, sebuah program yang bertujuan untuk menginspirasikan syarikat pemula (start-up) dan perniagaan sosial untuk berinovasi dan menghasilkan solusi perniagaan sebenar yang memenuhi kehendak sosio-ekonomi masa kini.

Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K. Foto : Sarawak Shell LiveWIRE

Peserta yang terpilih akan terlibat dalam program ini selama 1 bulan, bermula 6 November sehingga 5 Disember 2021. Mereka bakal menyertai bengkel ‘bootcamp’ secara dalam talian dan diberikan pendedahan tentang pembangunan keusahawanan dan berpeluang untuk menghadiri siri bengkel yang akan membantu mereka mencipta atau memperkukuhkan idea perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, peserta ini juga berupaya untuk menguji model perniagaan mereka dan melengkapkan diri untuk menjadi seorang usahawan yang dapat memasarkan idea perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

5 pemenang bakal terima geran RM 15,000 seorang beserta manfaat akses dari TEGAS

Di akhir program ini pula, seramai 5 orang pemenang akan menerima geran bernilai RM 15,000 untuk setiap seorang yang disediakan oleh Shell dan TEGAS. Bukan itu sahaja, mereka juga bakal menerima latihan mentor serta sokongan pasca-program daripada TEGAS dan fasilitator Sarawak Shell LiveWIRE. Bagi memudahkan urusan perniagaan, mereka juga bakal menerima manfaat akses percuma ke Hub Inovasi Digital TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri, laluan hijau untuk menyertai program ‘scale-up’ TEGAS dan akses ke jaringan ekosistem TEGAS.

Untuk pengetahuan anda, jalinan kerjasama antara Shell dan TEGAS ini telah dilaksanakan sejak edisi kedua Shell LiveWIRE pada tahun 2017 dan berterusan sehingga ke edisi semasa iaitu untuk tahun 2021. Sejak itu, kedua-dua badan ini telah menyokong seramai 400 orang usahawan dari seluruh Sarawak yang menyertai program ini. Antara alumni Sarawak Shell LiveWIRE yang dikenali ramai adalah seperti THIRST Malaysia, Ahmad Tamar, Sluvi, Mariadra Beauty dan Kun Product.

Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Pemenang Sarawak Shell LiveWIRE 2019. Foto : Sarawak Shell LiveWIRE

Menurut Datu Haji Len Talif Salleh selaku Pengerusi TEGAS, kerjasama strategik antara TEGAS dan Shell menerusi TEGAS Digital Village serta Hub Inovasi Digital TEGAS ini berupaya untuk memacu pertumbuhan syarikat pemula dan perniagaan sosial tempatan, selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022. Beliau turut berbangga kerana TEGAS dapat bekerjasama dengan Shell buat kali kelima berturut-turut dalam usaha untuk membentuk ekosistem inovasi keusahawanan yang inklusif di Sarawak.

Bah, ajuh daftar!

Sarawak Shell LiveWIRE mengalu-alukan penyertaan usahawan, bakal usahawan, pemilik syarikat pemula dan perniagaan sosial yang berusia di atas 18 tahun dan mempunyai idea perniagaan yang berpotensi untuk pergi jauh. Belum cuba, belum tahu kan?

Untuk permohonan dan maklumat lanjut, layari pautan https://bit.ly/sarawaklivewire2021 atau emel TEGAS di alamat [email protected]

Daftar jadi peserta Sarawak Shell LiveWIRE di sini

Kami juga pernah menerbitkan kisah kejayaan usahawan Sarawak yang juga merupakan peserta Shell LiveWIRE di sini :

Baca juga bagaimana start-up yang juga merupakan alumni Sarawak Shell LiveWIRE mengadaptasikan perniagaan mereka sewaktu PKP yang lalu :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Laksana Pemberian Dos Penggalak ‘Booster’ COVID-19 Bermula Hari Ini
Next Article Sabah Benarkan Rentas Negeri Mulai 1 November 2021, Rentas Daerah Mulai 14 Oktober 2021 Sabah Benarkan Rentas Negeri Mulai 1 November 2021, Rentas Daerah Mulai 14 Oktober 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?