• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Manfaat 3 Sumber Utama, Gas Asli, CCS Dan Tenaga Hidro

Oleh
Farisha
25 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sumber foto: Harian Metro

Gas Asli, CCS dan Hidro Pemacu Ekonomi Baharu Sarawak

Sarawak Manfaat 3 Sumber Utama, Gas Asli, CCS Dan Tenaga Hidro. Sarawak sedang merancang untuk menggunakan tiga sumber kekuatan utama bagi memastikan ekonomi negeri itu terus berkembang pada masa hadapan.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, ketiga-tiga sumber kekuatan tersebut merangkumi gas asli, teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), serta tenaga hidroelektrik.

Sarawak Manfaat 3 Sumber Utama, Gas Asli, CCS Dan Tenaga Hidro
Sumber foto: Mohd Roji Kawi. Sarawak Manfaat 3 Sumber Utama, Gas Asli, CCS Dan Tenaga Hidro

Beliau menjelaskan bahawa sumber-sumber ini merupakan tunjang pembangunan ekonomi yang akan membolehkan Sarawak menjadi peneraju dalam peralihan kepada ekonomi rendah karbon di rantau ini, sekali gus meletakkan negeri itu di barisan hadapan dalam usaha kelestarian global.

Dari segi gas asli, Sarawak mempunyai rizab yang besar dan menyumbang lebih 60 peratus daripada jumlah pengeluaran gas asli Malaysia. Negeri ini juga mendahului dalam bidang CCS dengan sumbangan melebihi 65 peratus daripada kapasiti CCS negara.

Selain itu, Sarawak juga merupakan pengeluar tenaga hidroelektrik terbesar di Malaysia. Pelan ini merupakan sebahagian daripada strategi Sarawak untuk mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menurut laporan media tempatan, ia bukan sahaja bertujuan untuk memperkukuh ekonomi jangka panjang, tetapi juga untuk memastikan pembangunan ekonomi seimbang dengan pemeliharaan alam sekitar. Sasaran Sarawak adalah untuk menggandakan KDNK kepada RM282 bilion menjelang 2030.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Petros Kini Diiktiraf Sebagai Pengagih Tunggal Gas Asli Sarawak, Ambil Alih Dari Petronas
Hak Agregator Gas Sarawak Akan Dipertahan – Abang Jo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warisan Nostlagik Kuching, Netizen Mohon Lorong Lama India Street Dibaik Pulih Warisan Nostlagik Kuching, Netizen Mohon Lorong Lama India Street Dibaik Pulih
Next Article Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Nafi Dakwaan Gaji RM1 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?