• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Rancang Mahu Adakan Borneo Games Tahun Ini, Kini Dalam Perancangan

Oleh
Nazihah AN
7 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Rancang Mahu Adakan Borneo Games Tahun Ini, Kini Dalam Perancangan

Fuhh Borneo Games nak diadakan tahun ni, seriouslahh?

Sarawak Rancang Mahu Adakan Borneo Games Tahun Ini, Kini Dalam Perancangan. Sarawak kini sedang bersiap sedia untuk menghidupkan kembali sukan ikonik, Borneo Games, yang kali terakhir diadakan pada tahun 2009!

Menurut Menteri Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, perbincangan sedang rancak dijalankan bersama Brunei, Kalimantan, Sabah, dan Labuan untuk merealisasikan misi ini.

Sarawak Rancang Mahu Adakan Borneo Games Tahun Ini, Kini Dalam Perancangan

Kami tidak mahu terlalu banyak acara pada awalnya kerana mahu mulakan dengan langkah kecil,” kata Abdul Karim semasa sidang media di Godown Amphitheatre, Kuching Waterfront.

Untuk fasa permulaan, mereka bercadang untuk menyenaraikan 4 hingga 5 jenis sukan sahaja. Namun begitu, terdapat ruang untuk memperluaskan senarai acara ini pada masa hadapan.

Boleh Jadi Realiti Tahun Ini!

Abdul Karim optimis bahawa jika semuanya berjalan lancar, Borneo Games yang pertama selepas sekian lama mungkin akan diadakan seawal tahun ini, dengan Sarawak sebagai tuan rumah.

Tambahnya lagi, perancangan kini tertumpu kepada menentukan acara sukan yang akan dipertandingkan serta berunding dengan wilayah lain seperti Kalimantan, Brunei, Labuan, dan Sabah.

Apabila semuanya telah dimuktamadkan, kami berharap untuk menjadikan acara ini satu kenyataan,” katanya dengan penuh yakin.

Borneo Games: Dari Nostalgia ke Realiti

Untuk yang belum tahu, Borneo Games pertama kali dianjurkan di Brunei pada tahun 1954. Selepas itu, Sabah, Sarawak, dan Brunei bergilir-gilir menjadi tuan rumah sehinggalah acara ini berhenti pada tahun 2009.

Buat masa ini, pengumuman rasmi mengenai tarikh dan lokasi masih belum ditetapkan. Namun, warga Borneo kini boleh mula menantikan kebangkitan semula acara sukan penuh sejarah ini.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Sarawak Cadang Mahu Hidupkan Semula Sukan Borneo, Siap Sedia Jadi Tuan Rumah
Ini Sejarah Ringkas Piala Borneo, Liga Kebanggaan Rakyat Borneo Suatu Ketika Dahulu

SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beruang Matahari Jadi Maskot Visit Malaysia Tahun 2026 Beruang Matahari Jadi Maskot Visit Malaysia Tahun 2026
Next Article Pure Fish Ball Cafe Di Sekama Kini Peroleh Sijil Halal Pure Fish Ball Cafe Di Sekama Kini Peroleh Sijil Halal

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?