• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Rancang Bina Kilang Beras Di Kemboja, Perkukuh Bekalan Makanan Negeri

Oleh
Husna Hazmi
8 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Rancangan bina kilang pemprosesan beras bagi tingkatkan jaminan makanan negeri

Sarawak Rancang Bina Kilang Beras Di Kemboja, Perkukuh Bekalan Makanan Negeri. Sarawak membuat rancangan besar untuk memperkukuhkan bekalan makanannya kali ini dengan membina kilang pemprosesan beras di Kemboja!

Menurut laporan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan perkara ini telah dibincangkan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, semasa kunjungan hormatnya ke negara itu pada 7 Disember lalu.

Sarawak Rancang Bina Kilang Beras Di Kemboja, Perkukuh Bekalan Makanan Negeri
Sarawak Rancang Bina Kilang Beras Di Kemboja, Perkukuh Bekalan Makanan Negeri. Sumber gambar: The Edge Malaysia

Cambodia hasilkan 8 juta tan beras, tapi mereka tiada kilang pemprosesan. Jadi, mereka hantar beras ke Thailand dan Vietnam untuk diproses. Saya cadangkan, kenapa tidak kita bekerjasama bina kilang pemprosesan di sana, dan pada masa yang sama bina satu di Sarawak juga?” kata Abang Johari semasa menghadiri upacara sambutan 100 tahun Kapit Peacemaking hari ini.

Menurut beliau, cuaca yang tidak menentu di negara pengeluar beras seperti Vietnam dan Indonesia menjadi salah satu sebab utama Sarawak mahu memperkukuhkan jaminan makanan melalui usaha ini.

Selain itu, Kemboja juga berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Abang Johari turut berkongsi bahawa Perdana Menteri Hun Manet kagum apabila mengetahui tentang usaha Sarawak membangunkan Autonomous Rapid Transit (ART) yang menggunakan tenaga hidrogen.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sarawak Bakal Tubuhkan Tiga Pusat Astronomi Di Bintulu, Kuching Dan Miri
Sarawak Perkenal Bantuan Kewangan Baharu Dan Pendidikan Percuma Buat Pelajar Menjelang 2026

SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dekorasi Krismas Luar Biasa Sebuah Hospital Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai
Next Article Selepas 3 Tahun Terhenti, Feri Express Labuan-KK Kembali Beroperasi Mulai 15 Disember

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?