• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Rekod 1 Kluster Baru, Kluster Stutong Tamat Hari Ini

Oleh
Ismail NA
20 Ogos 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

4 kes baru dikesan di Sarawak hari ini.

Sarawak Rekod 1 Kluster Baru, Kluster Stutong Tamat Hari Ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan terdapat pertambahan 4 kes positif baharu.

Isi Isi Penting
  • 4 kes baru dikesan di Sarawak hari ini.
  • Singgah di Pelabuhan Toyama, Jepun sebelum ke Labuan dan Bintulu
  • Kluster Pasar Stutong tamat hari ini
  • Punca jangkitan akibat keadaan pasar sesak dan tiada penjarakan fizikal
  • Baca juga :

Kes yang dikesan di Bintulu itu melibatkan krew sebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Bintulu. Mereka semua baru pulang dari Pelabuhan Toyama, Jepun.

Menurut kenyataan rasmi JPBNS, kru-kru kapal tersebut dibenarkan signed off kerana mengalami tanda dan gejala awal. 5 orang kru kapal telah dibawa turun untuk dimasukkan ke pusat isolasi dan rawatan.

Sarawak Rekod 1 Kluster Baru, Kluster Stutong Tamat Hari Ini
Sarawak Rekod 1 Kluster Baru, Kluster Stutong Tamat Hari Ini
Sumber : JPBNS

Daripada ujian saringan yang dijalankan ke atas kelima-lima kru tersebut, 4 daripadanya disahkan positif.

2 daripada 4 orang kru tersebut adalah warga tempatan manakala 2 orang lagi adalah masing-masing warga Filipina dan India.

Singgah di Pelabuhan Toyama, Jepun sebelum ke Labuan dan Bintulu

Kapal tempat mereka bekerja adalah merupakan sebuah kapal tangki minyak yang berdaftar di Pelabuhan Klang. Kapal ini pernah belayar di Pelabuhan Toyama Shinko, Jepun pada 27 Julai hingga 1 Ogos 2020. Kemudian, mereka singgah ke Labuan pada 10 Ogos 2020.

Semasa dalam perjalanan ke Bintulu dari Labuan, kapten kapal telah memaklumkan kepada agen kapal bahawa terdapat 2 orang kru yang sedang sakit dan memerlukan rawatan di hospital.

Sarawak Rekod 1 Kluster Baru, Kluster Stutong Tamat Hari Ini
Kapal tangki minyak. Gambar hiasan.

Hasil siasatan mendapati kluster ini berkemungkinan berpunca daripada kru kapal sign on atau memasuki kapal ketika singgah di pelabuhan antarabangsa.

Kesemua 22 kru kapal akan menjalani ujian saringan swab dalam masa terdekat termasuklah individu yang mempunyai kontak semasa membawa turun pesakit dari kapal ke hospital.

Kes terbaharu ini telah dikategorikan sebagai kes import dan disahkan sebagai kluster terbaharu di Sarawak yang dinamakan Kluster Alam.

Kluster Pasar Stutong tamat hari ini

Walau bagaimanapun, satu kluster telah diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Pasar Stutong setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam masa 28 hari dari kes terakhir dikesan.

Sarawak Rekod 1 Kluster Baru, Kluster Stutong Tamat Hari Ini
Sumber foto : positivesteem

Daripada sejumlah 685 individu yang disaring, seramai 7 individu telah disahkan positif. Pesakit terakhir kluster tersebut telah pulih dan discaj pada 31 Julai 2020.

Pasar Stutong juga telah dibenarkan untuk beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan sejak 1 Ogos yang lalu.

Punca jangkitan akibat keadaan pasar sesak dan tiada penjarakan fizikal

Punca jangkitan di Pasar Stutong dipercayai berpunca daripada jangkitan tempatan dalam komuniti dengan mengambil kira keadaan pasra yang sesak dan tiada penjarakan fizikal.

Sehingga kini, terdapat 7 kluster yang masih aktif di Sarawak.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga jarak selamat, menjaga kebersihan serta memakai pelitup muka apabila berada di luar.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tetap Bersemangat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4, Pelajar Dari Kuching Ini Dianugerah Ijazah Khas
Next Article Lihat Pemandangan 2-In-1 Sunrise Dan Bunga Matahari Atas Bukit Kimondou, Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?