• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Sedang Kaji Untuk Ganti Skim Pencen Dengan Skim Gaji Tersendiri

Oleh
Ismail NA
5 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Skim baharu ini masih di peringkat kajian.

Sarawak Sedang Kaji Untuk Ganti Skim Pencen Dengan Skim Gaji Tersendiri. Sarawak kini sedang mengkaji untuk membangunkan skim gaji tersendiri untuk penjawat awam kerajaan Sarawak bagi menggantikan skim pencen sedia ada.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari, kerajaan kini sedang mencari cara untuk memberikan gaji yang lebih sepadan dengan penjawat awam Sarawak memandangkan masih terdapat penjawat awam yang menerima gaji yang tidak sepadan dengan skala perkhidmatan.

Sarawak Sedang Kaji Untuk Ganti Skim Pencen Dengan Skim Gaji Tersendiri
Sarawak Sedang Kaji Untuk Ganti Skim Pencen Dengan Skim Gaji Tersendiri. Kredit foto: https://www.supsrwk.gov.my/

Berucap pada LANDAS Summit 2023 yang dianjurkan oleh JTS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), kerajaan Sarawak kini berusaha untuk merancang skim gaji tersendiri yang tidak terikat dengan ordinan pencen. Skim gaji tersendiri ini akan lebih bersepadu dengan sistem pengurusan kerajaan Sarawak.

Walau bagaimanapun, beliau memohon agar semua pihak mendoakan agar perancangan tersebut dapat direalisasikan kerana perancangan tersebut masih di peringkat kajian.

Abang Jo optimis anak Sarawak mahu pulang berkhidmat di sini

Dalam pada masa yang sama, Premier Sarawak juga optimis generasi Sarawak yang berada di luar negara akan pulang ke tanah air mereka dan mencurahkan bakti dan khidmat semula di sini terutamanya mereka yang memilik kepakaran dalam bidang ekonomi berteraskan teknologi.

Hal ini berdasarkan pencapaian Sarawak pada tahun 2022 yang mencatatkan pendapatan tertinggi berjumlah RM 12 bilion. Bagi mencapai sasaran Sarawak menjadi maju dan berpendapatan tinggi menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID (PCDS) menjelang 2030, Sarawak perlu meningkatkan GDP nya sehingga RM 232 bilion.

Sarawak Sedang Kaji Untuk Ganti Skim Pencen Dengan Skim Gaji Tersendiri
Gambar hiasan.

Beliau yakin ramai anak Sarawak mahu kembali ke negeri ini kerana sektor di sini mampu menawarkan gaji yang lumayan, menyediakan teknologi dan menggunakan kepakaran yang mereka ada dalam bidang baharu. Contohnya, ramai jurutera yang memiliki kepakaran dalam MRT dan ART kini bekerja di Sarawak Metro dan juga berkaitan loji metanol.

Selain itu, Sarawak juga kini bersedia untuk era transisi ekonomi baharu berteraskan penyimpanan karbon, penghasilan metanol dan beberapa sumber pendapatan yang lain sebagai nilai tambah kepada sumber pendapatan Sarawak yang sedia ada.

Lagi berita ‘trending’ yang berkaitan:

Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak
Semua Kawasan Di Bintulu Bakal Menikmati Kelajuan Internet 5G Menjelang Tahun 2024
SUMBER :DayakDaily.com
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru Hari Pertama Dipasang, Kamera Trafik Pintar Guna AI Berjaya Tangkap 1,986 Kesalahan Jalan Raya Di Kuching
Next Article Ada Banyak Gelaran, Ini Nama Lain Bagi Sayur Paku Pakis Kegemaran Ramai Di Negara Luar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?