• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ada Banyak Gelaran, Ini Nama Lain Bagi Sayur Paku Pakis Kegemaran Ramai Di Negara Luar

Oleh
Husna Hazmi
5 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Paku pakis bukan ada di Malaysia sahaja tau.

Ada Banyak Gelaran, Ini Nama Lain Bagi Sayur Paku Pakis Kegemaran Ramai Di Negara Luar. Pucuk paku pakis atau lebih dikenali sebagai sayur ‘Pakuk’ dalam bahasa Sarawak ini merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat tempatan di sini.

Boleh ditemui di Malaysia dan tumbuh di kawasan tanah pamah lembab, Paku Pakis ini adalah dari keluarga Davalliaceae yang mempunyai lebih dari 40 spesis jenis tumbuhan berdaun yang lazimnya berwarna hijau atau berwarna lain yang dilaporkan mengandungi anthocyanin.

Ada Banyak Gelaran, Ini Nama Lain Bagi Sayur Paku Pakis Kegemaran Ramai Di Negara Luar. Sumebr foto: Google

Mempunyai rasa yang enak dan pelbagai khasiat

Selain mempunyai rasa yang enak dan sesuai dijadikan sajian sampingan bersama nasi panas, sayur paku pakis ini juga mempunyai pelbagai khasiat.

Tidak hairanlah sayur ini bukan sahaja popular di Sarawak malah di negara luar seperti Indonesia dan Filipina juga terdapat masyarakat yang menjadikan sayur ini sebagai makanan mereka.

Sumebr foto: Facebook John Sherwin Felix

Perkongsian nama lain bagi sayur paku pakis

Dalam perkongsian di Facebook John Sherwin Felix baru-baru ini, dia memuat naik gambar sayur pucuk pakis dan menanyakan soalan.

Soalannya berbunyi kalau di Filipina, kami panggil ini Pako. Di negara korang panggil ini apa?

Facebook John Sherwin Felix

Di ruangan komen, pula ramai yang membalas pertanyaanya di mana netizen masing-masing berkongsi nama lain bagi paku pakis ini.

Bagi orang Jawa di Indonesia, ia digelar Pakis/Pakés, di Sulawesi Selatan pula ia digelar sebagai Paku, bagi suku kaum Māori pula, mereka menggelarnya Pikopiko, manakala di Rejang Sumatra pula memanggilnya Po’ong/pohong.

Walaupun mempunyai pelbagai nama, tetapi sayur paku pakis ini tetap menjadi sajian enak dan sihat digemari ramai.

Lagi fakta menarik buat anda di sini:

Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak
Penuh Aroma Dan Rasa Unik, Pucuk Tepus Di Sarawak Jadi ‘Flavor Enhancer’ Dalam Sajian
SUMBER :Facebook John Sherwin Felix
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Sedang Kaji Untuk Ganti Skim Pencen Dengan Skim Gaji Tersendiri
Next Article Kuching Dan KK Sedia Jadi Hab AirAsia Bagi Tarik Pengunjung Dari Busan, Kata CEO AirAsia X Kuching Dan KK Sedia Jadi Hab AirAsia Bagi Tarik Pengunjung Dari Busan, Kata CEO AirAsia X

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?