• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Perkenal Syarat Baharu S-MM2H Bermula 1 Januari 2025

Oleh
Nazihah AN
1 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Perkenal Syarat Baharu S-MM2H Bermula 1 Januari 2025

Sarawak Perkenal Lesen Ejen S-MM2H Bermula 2025 dengan Syarat Baharu

Sarawak Perkenal Syarat Baharu S-MM2H Bermula 1 Januari 2025. Bermula 1 Januari 2025, Sarawak akan mula mengeluarkan lesen kepada ejen-ejen Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H) sendiri, menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Keputusan ini dibuat selepas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Persekutuan memberi kuasa kepada kementerian Sarawak melalui surat bertarikh 2 Julai tahun ini. Dengan kuasa yang baru diberikan ini, kementerian Sarawak kini mempunyai kuasa penuh untuk menetapkan syarat dan peraturan bukan sahaja untuk pemohon S-MM2H tetapi juga untuk ejen-ejen yang terlibat.

Sarawak Perkenal Syarat Baharu S-MM2H Bermula 1 Januari 2025

Syarat Baharu untuk Ejen dan Pemohon

Datuk Seri Abdul Karim menyatakan, “Ini adalah pencapaian besar bagi kementerian kami kerana dapat mengembangkan fungsi pusat sehenti S-MM2H yang sedia ada, bukan hanya untuk memproses permohonan, tetapi juga dalam urusan pelesenan ejen-ejen S-MM2H di Sarawak.”

Beliau turut menjelaskan bahawa keperluan pelesenan yang baharu bagi ejen-ejen S-MM2H ini akan berkuatkuasa mulai tahun depan. Antara syarat utama ialah syarikat yang memohon untuk menjadi ejen perlu dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Sarawak dan tidak mempunyai pengarah yang terdiri daripada warga asing. Selain itu, syarikat tersebut mesti mempunyai modal berbayar minimum sebanyak RM100,000.

Datuk Seri Abdul Karim juga menegaskan bahawa pemegang saham syarikat ejen tidak dibenarkan memiliki saham dalam syarikat ejen S-MM2H yang lain untuk mengelakkan monopoli dalam pasaran. Sebanyak 40 ejen yang sebelum ini berlesen di bawah Kementerian Pelancongan Persekutuan perlu memohon semula di bawah syarat baru ini.

Selain daripada pelesenan ejen, syarat-syarat permohonan program S-MM2H juga telah ditingkatkan. Mulai 1 Januari 2025, pemohon perlu menyediakan deposit tetap sebanyak RM500,000 bagi setiap permohonan yang melibatkan pasangan dan tanggungan. Sebelum ini, syaratnya lebih rendah, iaitu RM150,000 bagi individu atau RM300,000 bagi pasangan.

Bagi memastikan kelancaran proses ini, pemohon juga akan dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM5,000 yang dibayar sekali kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri Sarawak. Syarat-syarat baru ini telah diluluskan oleh Kabinet Negeri Sarawak pada 24 Oktober yang lalu.

Dengan langkah-langkah ini, Sarawak berharap dapat menarik lebih ramai peserta program S-MM2H yang berkualiti, sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi dan industri pelancongan di negeri ini.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Sabah Sarawak Dalam Perbincangan Seragamkan Syarat Program MM2H
Ini Sebab Kenapa MM2H Sabah Sarawak Jadi Pilihan Popular Di Kalangan Pesara Asing
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suara Emas Anak Sabah, Elica Dapat Pujian YAM Tengku Muda Pahang Di Konsert Govinda
Next Article Harga Tiket Penerbangan Domestik Melambung, Ahli Politik Sabah Cadang Perkenal Tiket Rahmah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?