I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman

Oleh Nur Afifah 23 Jun 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Tak lama lagi orang di pedalaman boleh nikmati internet 4G!

Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman. Malaysia hari ini mencatat sejarah baharu apabila melancarkan satelit kelapannya yang diberi nama Measat -3d ke orbit angkasa.

Satelit yang tercanggih di Malaysia setakat ini telah menelan belanja sehingga RM 1.2 bilion dan dilancarkan tepat pada jam 5.50 pagi tadi waktu Malaysia menerusi roket Ariane-5 dari European Spaceport di Kourou, French Guiana, Amerika Selatan.

Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman
Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman. Sumber foto: MEASAT

Isyarat telemetri pertama daripada MEASAT-3d ini diterima di bumi tepat pada jam 6.41 pagi menandakan kesuksesan satelit ini dilancarkan.

MEASAT 3-d, satelit paling canggih milik Malaysia

Satelit yang dimiliki oleh MEASAT Satellite Sytem Sdn Bhd (MEASAT) ini mempunyai jangka hayat selama 18 tahun. Sebaik sahaja ia dilancarkan ke ruang orbit angkasa, fungsinya akan diuji dalam masa sebulan sebelum diperluaskan untuk kegunaan komersial dijangka pada bulan Ogos depan.

Pelancaran satelit ini adalah penting bagi Malaysia untuk merapatkan jurang capaian internet di kawasan bandar dan luar bandar selaras dengan pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Hal ini akan membolehkan capaian internet di Malaysia dapat diliputi sepenuhnya termasuk di kawasan pedalaman menjelang 2025.

Malah, ia juga membolehkan rakyat di kawasan luar bandar dapat menjalankan aktiviti jual beli dalam talian dengan lebih rancak lagi serta untuk tujuan pendidikan yang kini masih terbatas.

Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman
Replika satelit MEASAT-3d. Sumber foto: BERNAMA

Apa faedah yang rakyat akan dapat daripada satelit Measat 3D ini?

1. Capaian internet jalur lebar yang lebih kukuh di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak

Dengan adanya satelit Measat 3D ini, liputan internet di kawasan pedalaman dapat diwujudkan. Seperti mana yang kita semua tahu, liputan internet masih menjadi satu masalah utama di Sarawak dan Sabah terutamanya di kawasan pedalaman kerana kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, liputan internet yang dipancarkan oleh internet ini bakal menjadi lebih kukuh kerana perkhidmatan yang dipancarkan oleh satelit Measat 3D ini tidak dibataskan oleh keadaan bentuk muka bumi.

Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman
Proses PdPR yang terpaksa dilakukan di kawasan bukit kerana akses internet terhad di Kampung Gana, Papar, Sabah. Sumber foto: Utusan Borneo

Di Sarawak, capaian ini bakal direalisasikan menerusi projek High Throughput Satellite (HTS) East Malaysia Gateway yang diterajui oleh Reach Ten Communication dan MEASAT. Menerusi projek ini, sebuah antena dengan ketinggian 9 meter di teleport Samajaya, Kuching Sarawak, bakal membolehkan satelit ini memberi akses kapasiti sebanyak 13 Gbps bagi menjana liputan kepada lebih 3,000 tapak di pedalaman di seluruh negeri ini.

2. Sambungan internet 100Mbps berbanding 30Mbps

Bukan itu sahaja, Measat 3D juga akan memperbaiki kecepatan internet berkelajuan tinggi di negara ini. Rakyat akan dapat menikmati kadar muat turun yang lebih pantas iaitu daripada 30 Mbps kepada 100 Mbps.

Bukan itu sahaja, Measat 3D ini juga dapat meningkatkan kapasiti pemprosesan internet jalur lebar sebanyak 10 kali ganda kepada 30 Gbps, sekaligus membolehkan akses ke internet berkelajuan pantas walaupun di kawasan terhad dan tiada jalan darat.

Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman
Bentuk muka bumi pedalaman Sarawak yang bergunung ganang di Bakelalan. Kredit foto: FB Jeremy Joe Agung & ILOVEBORNEO

3. Siaran TV beresolusi tinggi sehingga 8K

Bagi pelanggan yang melanggan siaran televisyen satelit iaitu Astro, kelebihan yang boleh anda nikmati dengan pelancaran satelit baru ini adalah anda boleh menonton kandungan televisyen sehingga resolusi 8K dengan lancar.

Dengan adanya MEASAT-3d ini, ianya akan menjadi pelengkap kepada satelit MEASAT-3a dan MEASAT-3b dalam menyediakan kapasiti tambahan kepada servis Astro di rumah anda.

Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman
Kredit foto: inputmag.com

Keupayaan satelit ini meliputi kawasan Asia

Untuk pengetahuan anda juga, meskipun satelit ini dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia, namun ianya mampu memberi manfaat dan liputan di sebahagian besar benua dunia seperti di Asia, Asia Pasifik, Afrika Selatan, dan Eropah Selatan.

Wah! Harapnya bolehlah kita menikmati internet yang lebih pantas tidak lama lagi. Tahniah Malaysia!

Sementara itu, jika kawasan anda mengalami liputan internet yang ‘hauk’, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia:

SUMBER : The Sun Daily, Via Satellite
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
Next Article Netizen Terhibur Warga Asing Ini Boleh 'Relate' Kalau Jumpa Kereta Kancil Masuk Parkir Netizen Terhibur Warga Asing Ini Boleh ‘Relate’ Kalau Jumpa Kereta Kancil Masuk Parkir

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?