I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 23/06/22 11:15 AM
Kongsi
7 Min Bacaan
Kongsi

Jangan emosi. Ikuti langkah ini.

Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab. Kebelakangan ini, acap kali kita mendengar tentang pengguna media sosial memuat naik hantaran atau video yang kurang menyenangkan. Bahkan, ada yang sampai mengguris hati dan emosi komuniti atau masyarakat. Hal ini sepatutnya tidak berlaku jika pengguna akaun media sosial menggunakan platform ini dengan bertanggungjawab. Tetapi, malangnya perkara tersebut tetap berlaku. Perkara sebegini boleh dikategorikan sebagai gangguan sosial media.

Menurut Online Harassment Field Manual, gangguan sosial media merujuk kepada beberapa kelakuan antagonis yang dipamerkan oleh pengguna media sosial. Terma yang biasa digunakan untuk gangguan ini adalah buli siber. Walau bagaimanapun, gangguan sosial media ini memberi kesan kepada lebih ramai pengguna di media sosial, termasuklah orang dewasa dan pemilik perniagaan. Jika tidak dikendalikan dengan betul, ia akan memberi kesan yang teruk.

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda langkah-langkah berkesan dan produktif yang boleh anda lakukan sekiranya anda terlihat hantaran jelik dan menghina di laman media sosial. Dengan cara ini, pemilik akaun yang mungkin merupakan seorang yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut, akan digantung atau dipadam akaunnya kerana melanggar terma dan syarat penggunaan platform.

Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab

1. Tegur dengan berhemah melalui komen atau DM

Sosial media adalah suatu platform komunikasi 2 hala di mana anda boleh berinteraksi dengan pengguna yang lain menerusi fungsi yang disediakan seperti komen, tanda suka, dan perkongsian. Jika anda melihat mana-mana akaun membuat hantaran jelik, jangan ragu-ragu untuk memberi teguran di ruangan komen mereka. Alternatif lain, anda juga boleh menghantar mesej peribadi (PM) atau mesej langsung (DM) kepada pemilik akaun tersebut akan tindakannya.

Walau pun anda bebas untuk memberikan komen, pastikan anda menegur dengan berhemah dan lengkap dengan penjelasan yang baik agar si pemilik akaun kesal dengan perbuatannya. Perlu diingat, ruangan komen atau DM bukan lah tempat untuk anda melampiaskan kata-kata makian. Tujukan kepada pesalah sahaja. Jangan libatkan orang lain seperti ahli keluarga mereka yang tidak bersalah.

Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
Cyber bullying in social networks and online abuse concept. Vector flat cartoon illustration of upset girl character. Young woman crying in front of laptop screen due to haters messages

Jika pemilik akaun tidak mengendahkan komen atau DM anda serta masih membiarkan hantarannya berlegar di sosial media, anda boleh terus ke langkah yang kedua.

2. Lapor kepada pihak pentadbir sosial media

Cara ini adalah yang paling efektif untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada pemilik akaun supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Dengan kerjasama netizen, akaun si pelaku akan digantung atau dipadam kerana didapati melanggar Garis Panduan Komuniti. Jika akaun ini merupakan akaun utama untuk mereka mendapatkan sumber tajaan atau mata pencarian, sudah tentu karier atau populariti yang mereka miliki turut lenyap begitu sahaja.

Berikut adalah cara untuk membuat laporan di laman media sosial popular;

  • Instagram
Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab

Jika anda tidak mempunyai akaun Instagram dan ingin melaporkan akaun jelik di laman tersebut, anda boleh menghantar aduan ke pautan ini : Borang Aduan Pelanggaran Komuniti Instagram

  • Facebook
Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
  • Youtube
  1. Pergi ke laman sesawang Youtube.com dan log masuk ke akaun anda, jika perlu
  2. Pergi ke saluran Youtube yang anda ingin laporkan
  3. Klik pada seksyen ‘About’ mereka.
  4. Klik pada ikon bendera di bawah seksyen ‘Stats’ dan pilih ‘Report User’.
Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
  • Twitter
Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
  • TikTok
  1. Pergi ke profil akaun pengguna yang anda ingin lapor.
  2. Tekan ikon tiga titik di sebelah kanan penjuru atas.
  3. Klik ‘Report’ di bahagian bawah.
  4. Pilih ‘Report Akaun’
  5. Satu paparan yang menyenaraikan permasalahan yang anda hadapi akan keluar. Anda boleh memilih pelanggaran standard komuniti pengguna sama ada konten yang tidak sesuai, identiti palsu, pelanggaran hak cipta dan sebagainya.
Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab

2. Lapor akaun kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Sekiranya anda menemui jalan buntu apabila pemilik akaun bahkan platform media sosial tidak memberi respon kepada aduan anda, anda mempunyai satu lagi alternatif iaitu membuat aduan kepada SKMM.

Untuk tujuan ini, anda perlu mengumpulkan bukti sokongan seperti tangkap layar dan maklumat terperinci tentang kandungan yang diadukan, Salinan emel atau laporan kepada pihak pemilik kandungan, pentadbir platform media sosial atau pihak berkuasa lain juga perlu dilampirkan sekali.

Aduan kepada SKMM boleh dibuat menerusi pautan https://aduan.skmm.gov.my/. Pihak SKMM akan memaklumkan penerimaan aduan beserta nombor rujukan dalam masa 3 hari selepas aduan diterima (pengesahan untuk aduan melalui laman web/portal Aduan MCMC akan diterima dalam masa 1 hari).  Jawapan daripada hasil siasatan MCMC pula akan diterima dalam masa 15 hari dari tarikh aduan diterima.

3. Lapor kepada pihak berkuasa (PDRM, KPDNKK dan agensi yang berkaitan)

Buat laporan kepada pihak berkuasa yang lain seperti PDRM atau KPDNKK akan memudahkan lagi urusan siasatan aduan anda berkenaan. Disebabkan ia adalah tertakluk kepada undang-undang negara, maka pihak PDRM terutamanya turut mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan dan menahan mana-mana individu yang dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan dalam negara.

Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab
Laporan polis dibuat oleh kumpulan Iban terhadap seorang influencer yang menghina Ngepan Iban. Sumber : Facebook

Dengan cara ini, diharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati dalam tutur kata walaupun di laman sosial media. Zaman ini, perkara boleh tular sekelip mata. Perkara jelik yang mungkin pada asalnya tidak disengajakan boleh menjadi isu besar yang mengundang kecaman dan kontroversi yang akhirnya boleh memakan diri sendiri.

Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab.

Lagi artikel berkaitan :

Nur Afifah 23 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo Keunikannya Digemari Ramai, Kenali 4 Jenis Durian Hutan Di Borneo
Next Article Satelit Measat 3D Berjaya Dilancarkan Hari Ini, Bakal Beri Liputan Internet Penuh Ke Pedalaman

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Isu Tular Papan Harga Minyak Masak, Emart Bintulu Jelaskan Perkara Sebenar

24 Jun 2022
Cerita Borneo

Sebesar Kertas Mahjung, Boarding Pass Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

24 Jun 2022
Atlet SUKMA Prospek Pingat Sarawak Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun
Cerita Borneo

Atlet SUKMA Prospek Pingat Sarawak Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun

24 Jun 2022
Cerita Borneo

Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar

24 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?