I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Satu Malam Sahaja, Saksikan At Adau Di Chimera Odyssey 26 Oktober Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Satu Malam Sahaja, Saksikan At Adau Di Chimera Odyssey 26 Oktober Ini

Oleh Kedung BK 25 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Satu Malam Sahaja, Saksikan At Adau Di Chimera Odyssey 26 Oktober Ini

Jom saksikan konsert yang dinanti-nantikan ini!

Satu Malam Sahaja, Saksikan At Adau Di Chimera Odyssey 26 Oktober Ini. Jika anda peminat At Adau, maka konsert ini adalah konsert yang patut anda nantikan!

Untuk satu malam sahaja, saksikan salah satu kumpulan muzik terkenal Sarawak membuat persembahan di Chimera Odyssey di Hotel Grand Margherita, Kuching!

Satu Malam Sahaja, Saksikan At Adau Di Chimera Odyssey 26 Oktober Ini

Konsert pertama yang mempersembahkan At Adau sepenuhnya

Chimera Odyssey ialah acara konsep konsert yang diinspirasi oleh muzik dan kisah At Adau. Ikuti kisah mereka bersama mereka di acara satu malam sahaja yang disusun bersama karya animasi grafik digital yang mempersonakan dan pengeluaran yang menakjubkan, meraikan sounds of healing mereka dari lagu-lagu lama, semasa dan lagu-lagu yang tidak pernah dikeluarkan.

At Adau telah ditubuhkan pada tahun 2014 di Kuching, Sarawak – dengan ahli pengasas mereka terdiri daripada Lian Ngau, Meldrick Bob, Luke Wrender, Ezra Tekola, Alfanso ‘Fonso’ McKenzie, Cedric ‘C-Dik’ Riseng dan ahli terbaharu mereka, Cyril Clement.

Dari kiri: Cyril Clement, Luke Wrender, Meldrick Bob, Lian Ngau, Fonso McKenzie, Cedric ‘C-Dik’ Riseng dan Ezra Tekola. Sumber: FB At Adau

Muzik mereka adalah gabungan pengaruh dari genre ‘World’, ‘Rhythm’, ‘Country’ dan Alternatif tetapi mereka lebih terkenal dengan penggunaan Sape’ tradisional Sarawak, alat muzik bertali yang hanya dapat ditemui di kalangan penduduk pribumi Borneo.

Berbangga dengan asal usul mereka; tanah, sungai dan budaya penduduk Borneo adalah ciri-ciri yang dipaparkan dalam penulisan lagu kumpulan muzik ini, dan ia dapat dilihat dalam persembahan yang telah mereka berikan kepada dunia.

At Adau merupakan antara penghibur pertama di Rainforest World Music Festival dan pernah dijemput untuk membuat persembahan di Edinburgh Fringe Festival.

At Adau semasa Rainforest World Music Festival Music Festival tahun ini. Kredit: Edwin Lay via FB At Adau

Impian untuk menghasilkan konsep konsert akhirnya direalisasikan

Chimera Odyssey ini akan menjadi konsert buat pertama kali yang dikendali sepenuhnya oleh mereka sendiri.

Dengan bantuan daripada OddJobs (O.J.) Productions, At Adau akhirnya dapat merealisasikan impian mereka untuk membuat sebuah konsep konsert.

Mereka berharap untuk membawa penonton dalam perjalanan mereka sendiri melalui lensa mereka menerusi muzik, persembahan, penghasilan video dan grafik konsert ini.

At Adau mempunyai banyak kisah untuk dikongsi dan menersui Chimera Odyssey, penonton akan mengalaminya sepenuhnya – bukan sahaja dengan muzik mereka, tetapi melalui perjalanan mereka sejak penubuhan kumpulan muzik itu.

Kredit: FB At Adau

Beli tiket dan dapatkan goodies!

Sekiranya anda berminat untuk menonton At Adau di Chimera Odyssey, berikut adalah harga tiket masuk dan goodies yang anda akan dapat dari pembelian tiket:

GENERAL ADMISSION 1 (GA1) – RM139
– Akses standard pass ke konsert
– Free standing dalam dewan konsert + SATU (1) MINUMAN PERCUMA

GENERAL ADMISSION 2 (GA2) – RM149
– Akses standard pass ke konsert
– Free standing dalam dewan konsert + SATU (1) SET CETAKAN EKSLUSIF PERCUMA

GENERAL ADMISSION 3 (GA3) – RM189
– Akses standard pass ke konsert
– Free standing dalam dewan konsert
+ SATU (1) SET CETAKAN EKSLUSIF PERCUMA
+ SATU (1) BAJU KONSERT PERCUMA
+ SATU (1) CD ALBUM PERCUMA

PREMIUM NFT PASS – 0.25BNB
– Akses premium pass ke konsert
– Free standing dalam dewan konsert
+ SATU (1) SET CETAKAN EKSLUSIF PERCUMA
+ SATU (1) BAJU KONSERT PERCUMA
+ SATU (1) CD ALBUM PERCUMA
+ SESI MEET AND GREET

Chimera Odyssey akan berlangsung di TRIBE JAZZ & REGGAE LOUNGE @ GRAND MARGHERITA HOTEL, KUCHING pada jam 7PM – 10PM.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi mereka di sini.

Lagi event menarik di sini:


Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Belasah Wanita Di Masja, Perbuatan Lelaki Dayus Ini Sempat Dirakam
Next Article Tular Duit Palsu, Peniaga Dari Lundu Luah Rasa Sedih Dan Gesa Orang Ramai Untuk Berwaspada Tular Duit Palsu, Peniaga Dari Lundu Luah Rasa Sedih Dan Gesa Orang Ramai Untuk Berwaspada

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?