• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil

Oleh
ILB - AI
28 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Memuatnaik konten berunsur pedofil di Tiktok.

Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil. Seorang pendidik seharusnya menjadi panutan para pelajar di sekolah dan memberi suasana yang aman kepada mereka. Namun, berlaku sebaliknya di sebuah Sekolah Menengah Agama di Igan, Sibu apabila seorang guru memuatnaik konten berunsur pedofil di akaun Tiktoknya, @cikgu–igann.

Isu ini telah dikongsi oleh sebuah akaun Twitter @theiliaqilah kerana diketahui bahawa akaun Tiktok guru tersebut telah dipadam. Bermungkinan akaunnya dipadam kerana telah dilaporkan oleh netizen kerana melanggar aturan konten di Tiktok.

Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil
Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil. Sumber gambar: Twitter @theiliaqilah

Pelaku merupakan seorang ustaz dan melakukan 3 kesalahan sekaligus!

Sadisnya, guru ini berstatus seorang ustaz yang kita sedia maklum bahawa mereka memiliki dan memahami ilmu agama yang lebih mendalam. Seharusnya dengan ilmu sedemikian, mereka lebih mengetahui bahawa tindakan mereka adalah satu tindakan yang boleh dikategori sebagai pedofil dan ini adalah gangguan seksual.

Sudah mengambil video pelajar mereka yang masih di bawah umur, dimuatnaik pula di sosial media dengan menggunakan kasyen yang agak memualkan serta tanpa persetujuan dan pengetahuan pelajar, 3 kesalahan sekaligus dilakukan oleh ustaz muda ini.

Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil
Sumber gambar: Twitter @theiliaqilah

Siasatan netizen membuktikan bahawa ustaz muda ini berusia 23 tahun.

Diketahui daripada siasatan para netizen ini apabila ustaz yang berasal dari Kedah dan mengajar di SMKA Igan, Sibu ini baru berusia 23 tahun. Sungguh muda telah direzekikan menjadi seorang pendidik tetapi sepertinya ustaz muda ini tidak menghargai rezeki tersebut dengan melakukan perkara sedemikian.

Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil
Sumber gambar: Twitter @FerdausDon

Semoga ustaz muda ini akan diambil tindakan daripada pihak kementerian pendidikan kerana keselamatan para pelajar di sekolah seperti terganggu jika masih ada para pendidik memiliki sifat pedofil ini berleluasa di dalam suasana sekolah. Daripada menjadi lebih teruk maka segeralah bertindak.

Ustaz Muda Di Sebuah Sekolah Di Sibu Memuatnaik Video Tiktok Berunsur Pedofil

Semakin moden dunia, perangai manusia semakin aneh. Contohnya kes pedofil kanak-kanak dan boleh baca artikel berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kes pedofil yang pernah berlaku:

Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Menghilangkan Diri

Rogol Anak Perempuan Bawah Umur Di Lundu, Bapa Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah
SUMBER :Twitter @theiliaqilahTwitter @FerdausDon
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu ‘Scam’ Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah ‘Hilang’ Lebih RM 21 Ribu
Next Article Disangka Babi Hutan, Pesara Tentera Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Disangka Babi Hutan, Lelaki Maut Ditembak Rakan Sendiri Semasa Berburu Di Padawan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?