I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Sebelum Lawat Rumah Member, Ini 5 Adab Menziarahi Rumah Semasa Perayaan Anda Perlu Ingati
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sebelum Lawat Rumah Member, Ini 5 Adab Menziarahi Rumah Semasa Perayaan Anda Perlu Ingati

Oleh Kedung BK 2 Mei 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Sebelum Lawat Rumah Member, Ini 5 Adab Menziarahi Rumah Semasa Perayaan Anda Perlu Ingati

Selamat Hari Raya diucapkan kepada mereka yang menyambut!

Sebelum Lawat Rumah Member, Ini 5 Adab Menziarahi Rumah Semasa Perayaan Anda Perlu Ingati. Membesar di Malaysia, kita telah didedahkan dengan pelbagai perayaan kebudayaan dan keagamaan. Antara aktiviti yang biasa kita lakukan semasa perayaan ialah berkunjung ke rumah rakan dan keluarga untuk menyambut bersama!

Kami pasti anda amat mengetahui tentang adab ketika menziarahi rumah orang lain, namun ia tidak salah untuk mengingati supaya kita sebagai tetamu tidak menyusahkan tuan rumah kita semasa kita melawati rumah mereka!

Sebelum Lawat Rumah Member, Ini 5 Adab Menziarahi Rumah Semasa Perayaan Anda Perlu Ingati

Kita sebagai tuan rumah akan sentiasa mengalu-alukan tetamu ke rumah dengan tangan terbuka apabila menjemput mereka untuk meraikan perayaan bersama-sama, tetapi apabila peranan diterbalikkan, kita perlu bertimbang rasa apabila mengunjungi rumah tuan rumah.

Sebagai tetamu, kita perlu menetapkan batas bilakah masa yang paling sesuai untuk mengunjungi rumah rakan dan keluarga semasa perayaan. Sebagai contoh, melawat pada awal pagi, tengah malam atau ketika kita sendiri berasa tidak selesa untuk melayan tetamu di rumah sendiri, adalah masa yang dianggap tidak sesuai untuk dikunjungi.

Kredit foto: Sebenarnya.my

Bayangkan pergi ke rumah seseorang pada awal pagi, tuan rumah baru sahaja bangun dari tidur, dan rumah mereka belum bersedia sepenuhnya untuk menerima tetamu dan kita pula tiba-tiba tiba di depan pintu rumah mereka. Dalam erti kata lain, ia adalah lebih baik untuk melawat pada masa yang sesuai atau mengikut masa yang telah ditetapkan oleh tuan rumah.

Apabila anda mengunjungi rumah seseorang, sila elakkan daripada memeriksa rumah itu seolah-olah rumah anda sendiri! Walaupun pemilik rumah adalah kawan rapat anda, cuba untuk tidak meninjau rumah sesuka hati terutamanya apabila ada tetamu lain.

Sebagai tuan rumah, ia boleh difahami bahawa mungkin mereka tidak membersihkan rumah mereka sepenuhnya tetapi hanya kawasan yang diperlukan (seperti dapur, tandas dan ruang tamu). It is not necessary untuk memasuki bilik tidur seseorang tanpa sebab, lagipun, kemungkinan besar semasa membersihkan kawasan utama di dalam rumah, bilik tidur mungkin telah diabaikan dan kita tidak mahu tuan rumah kita berasa malu apabila kita tiba-tiba pergi mengintai di bilik mereka.

Kredit foto: Keluarga

Jika anda dan tuan rumah adalah kawan baik dan rapat, mungkin lebih baik untuk menunggu apabila tetamu lain sudah balik sebelum anda memasuki bilik peribadi mereka untuk berehat (jika anda hadir untuk membantu mereka semasa open house).

Perangai kanak-kanak tidak dapat diramalkan dan itu boleh difahami. Walau bagaimanapun, jika kita membawa anak-anak ke rumah seseorang, ia adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka berada pada kelakuan yang terbaik.

Sebagai ibu bapa, ia adalah tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak kita terhindar daripada masalah terutama ketika berada di rumah seseorang. Sebagai contoh, jika mereka berlari di sekitar rumah yang boleh berisiko sesuatu pecah, menumpahkan/membuang makanan dan minuman atau berkelakuan kurang sopan, kita perlu menegur mereka dengan tegas dan jangan membenarkannya lagi.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: SirapLimau

Dalam erti kata lain, dengan melakukan ini kita mengajar anak-anak kita untuk tidak menjadikan rumah sesiapa seperti rumah mereka sendiri dan menghormati tuan rumah kita.

Seronok apabila kita datang melawat keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan dan kita boleh get carried away apabila keadaan menjadi sangat ‘happening’.

Namun, sebagai tetamu kita perlu menghormati masa tuan rumah kerana bukan kita sahaja tetamu yang akan datang ke rumah. Kita harus mengambil kira ahli keluarga lain di rumah yang telah menjemput kumpulan rakan dan keluarga mereka sendiri untuk melawat.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: MY Evolution

Jangan pula kita dari tengah hari kita tiba sampai ke akhir malam masih berada di rumah tuan rumah! Nanti mana pula tetamu lain nak duduk kan? Haa… bertimbang rasa lah terhadap tetamu lain juga.

Melainkan anda mempunyai alahan, sila elakkan daripada bertindak balas secara negatif apabila makanan yang dihidangkan tidak mengikut keinginan anda.

Mungkin anda telah makan terlalu banyak rendang dan anda muak dengannya apabila anda pergi ke rumah tuan rumah anda, tetapi itu tidak bermakna anda harus bertindak secara negatif apabila anda melihatnya dihidangkan di atas meja.

Kredit foto: MY Evolution

Anda sentiasa boleh memilih untuk memakan hidangan lain yang dihidangkan, atau jika hidangan terhad, sekurang-kurangnya cukup sopan untuk mengambil sedikit sahaja sebagai tanda penghormatan. Lagipun, tuan rumah anda mungkin telah menghabiskan banyak masa dan wang untuk memasak hidangan tersebut untuk tetamu mereka – jadi, sedikit penghargaan pun jadi lah. Hehe!

Beraya bukan hanya tentang keseronokan sahaja, kita perlu juga mengingati adab ketika melawati rumah orang lain. Semoga peringatan di atas memanfaatkan anda dan Selamat Hari Raya kepada semua!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan
Next Article Baru Dapat Emel ‘Reschedule’ Jam 3 Pagi, Wanita Ini Berang Terlepas Penerbangan Ke Miri Yang Diawalkan Sehari Baru Dapat Emel Reschedule Jam 3 Pagi, Wanita Ini Berang Terlepas Penerbangan Ke Miri Yang Diawalkan Sehari

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?