• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan

Oleh
Nazihah AN
2 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan

Tahun ni memang betul-betul surprise!

Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan. Tarikh Raya sudah diumum malam tadi, mesti ramai yang tak sangka dan gelabah dengan balang belum diisi biskut raya, kan? Kadangkala ada juga tetamu atau saudara mara yang datang tanpa diduga. Tiba-tiba mereka membuat panggilan ingin berkunjung pada waktu terdekat.

Apa yang kita boleh hidangkan pada tetamu kita dalam masa sejam sahaja? Haa jangan risau, we got you! Anda boleh sambung baca di bawah untuk ketahui hidangan yang ringkas dan enak untuk tetamu anda.

Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan
Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan
1

Bihun Goreng

Bihun lah makanan paling simple dan sedap yang mudah kita nak buat. Memang sangat sesuai untuk dihidangkan setiap masa, ianya juga merupakan hidangan kegemaran ramai tau! Selain mi bihun anda juga boleh guna pelbagai jenis seperti mi kuning, bihun dan kuey teow. Anda boleh memilih salah satu jenis mi untuk dimasak dengan cara menggoreng.

Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan
Sumber gambar: resepichenom.com

Dengan menggunakan mi dan beberapa bahan asas lain seperti sos tiram, garam, bawang putih, bawang merah dan bahan tambahan lain seperti ayam atau apa-apa jenis daging, hidangan ini adalah salah satu hidangan yang mudah disediakan.

2

Bihun Sup

Mi sup juga salah satu hidangan yang mudah dan cepat untuk disediakan. Mi sup ini boleh dimasak dalam pelbagai jenis sebagai contoh bihun sup dan kuey teow sup. Hanya sediakan bahan untuk sup ayam sahaja, dan hidangan anda siap!

Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan
Sumber gambar: resepichenom.com

Kadang-kadang jika tekak rasa nak makan makanan yang berkuah dan ‘light’ sahaja, boleh lah sediakan bihun sup. Pasti membuka selera

3

Cucur

Masakan cucur adalah menu hidangan yang paling simple kerana bahan-bahannya mudah didapat dan menyediakannya pula tidaklah memakan masa yang panjang. Sangat sesuai untuk hidangan kepada tetamu dan juga untuk minum petang.

Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan
Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan

Cucur  boleh dihidangkan menggunakan pelbagai jenis bahan seperti ikan bilis, udang, bawang dan jagung. Jika anda mahu yang lebih ringkas lagi, anda boleh ke pasar yang terdekat dan membeli tepung cucur jenama Adabi. Haa mudah sangat, bukan?

4

Spaghetti

Selalunya jika tetamu berkunjung ke rumah, kepala ligat memikirkan apa hidangan paling sesuai untuk dijamu kan? Tak perlu pening kepala dan tidak perlu gunakan banyak tenaga, hanya sediakan Spaghetti Aglio Olio dan taburkan dengan parmesan cheese. Terliur rasanya.

Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan
Sumber gambar: resepichenom.com

Jika anda inginkan pilihan menu yang lain seperti carbonara atau bolognese, jangan risau! Kini semua benda mudah. Anda boleh dapatkan kuah bolognese atau carbonara dalam bentuk paket atau tin di kedai yang berdekatan dengan anda. Mana-mana jenama pun boleh. Rasa pun sedap..yumm

5

Kuih Sejuk Beku

Kini memang banyak hidangan kuih yang diproses menjadi sejuk beku. Ianya sangat memudahkan dan menjimatkan masa untuk anda yang ingin hidangkan kepada tetamu. Anda boleh dapatkan pelbagai hidangan sejuk beku, seperti karipap, pau, popia, samosa dan banyak lagi!

Tiba Tiba Hari Raya, Ini Adalah Hidangan Ringkas Untuk Tetamu Semasa Perayaan
Sumber gambar: resepichenom.com

Kalau anda nak hidangan EXTRA di pagi raya nanti, anda boleh baca artikel dibawah untuk resepi daging hitam dan popia sira:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Pantai Menarik Di Sekitar Lundu Dan Sematan Tak Perlu Pergi Jauh, Ini 5 Pantai Menarik Di Sekitar Lundu Dan Sematan
Next Article Sebelum Lawat Rumah Member, Ini 5 Adab Menziarahi Rumah Semasa Perayaan Anda Perlu Ingati Sebelum Lawat Rumah Member, Ini 5 Adab Menziarahi Rumah Semasa Perayaan Anda Perlu Ingati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?