• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sebuah Kenderaan Di Padawan Dilaporkan Mencurigakan, Rupa-Rupanya Pemandu Tertidur

Oleh
ILB - AI
6 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Sebuah Kenderaan Di Padawan Dilaporkan Mencurigakan, Rupa-Rupanya Pemandu Tertidur

Seorang lelaki terjaga dari tidurnya apabila dikejutkan oleh anggota polis IPD Padawan

Sebuah Kenderaan Di Padawan Dilaporkan Mencurigakan, Rupa-Rupanya Pemandu Tertidur. Dilaporkan seorang lelaki yang sedang tidur di dalam keretanya dikejutkan oleh polis IPD Padawan apabila orang awam melaporkan kenderaannya kerana tersilap dianggap mencurigakan.

Sebuah Kenderaan Di Padawan Dilaporkan Mencurigakan, Rupa-Rupanya Pemandu Tertidur

MPV Padawan bertindak pantas setelah menerima laporan

Menurut Polis IPD Padawan menerusi laman Facebook rasmi mereka, ia difahamkan mereka telah menerima laporan mengenai sebuah kenderaan yang mencurigakan berhenti di tepi jalan kawasan perumahan Taman Dusun Indah.

Kredit foto: Polis IPD Padawan

Bertindak atas maklumat tersebut, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Padawan bersertakan kereta peronda (MPV), PDWN 476 diarah menghala ke kawasan tersebut.

Setelah tiba ke lokasi berkenaan, mereka telah berjumpa dengan pengadu yang kemudian menunjukkan kedudukan kenderaan terbabit.

Rupa-rupanya tertidur

Ketika menghampiri kenderaan tersebut, ia didapati bahawa pemandu kenderaan terbabit rupa-rupanya tertidur dan terbangun ketika menyedari kehadiran polis.

Menurut laporan, lelaki itu dipercayai berehat sebentar lalu terus tertidur di dalam kenderaannya.

Polis IPD Padawan turut menasihati orang awam dan pengguna jalan raya untuk berhenti di tempat yang selamat jika berasa letih dan berehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan.

Amboi… Bayangkan sedang tidur tiba-tiba dikejutkan polis lepas tu. Mesti lelaki itu berada dalam keadaan ‘blur’!

Apa-apa pun, nasib baik lelaki itu memutuskan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan dan orang awam disarankan untuk terus bekerjasama dengan pihak polis dengan melaporkan perkara yang mencurigakan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cawangan Pertama Di Borneo, 4Fingers Crispy Chicken Kini Sudah Dibuka Di Sabah! Cawangan Pertama Di Borneo, 4Fingers Crispy Chicken Kini Sudah Dibuka Di Sabah!
Next Article Bayar Tempat Duduk Flight Tepi Tingkap, Tapi Diambil Orang Lain Sebab Nak Duduk Dengan Anak Bayar Tempat Duduk Flight Tepi Tingkap, Tapi Diambil Orang Lain Sebab Nak Duduk Dengan Anak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?