• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sejam Kena ‘Double Park’ Di Pasar Tamu Batu 10, Sikap Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen

Oleh
Husna Hazmi
25 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Relax je dia ‘double park’ lama-lama tanpa tinggalkan nombor telefon.

Sejam Kena ‘Double Park’ Di Pasar Tamu Batu 10, Sikap Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen. Bagi anda di luar sana yang pernah mengalami situasi di mana terdapat sebuah kenderaan ‘double park’ di parkir kereta anda tanpa meninggalkan apa-apa nota atau nombor telefon, pasti akan tercetus rasa marah di dalam hati kan?

Di Facebook Sarawak Roads Update pagi ini, mereka berkongsi luahan daripada seorang individu yang mengalami nasib malang apabila keretanya kena ‘double park’ oleh sebuah kenderaan tak bertanggungjawab selama satu jam di Pasar Tamu Batu 10, Kota Padawan.

Sejam Kena 'Double Park' Di Pasar Tamu Batu 10, Sikap Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen
Sejam Kena ‘Double Park’ Di Pasar Tamu Batu 10, Sikap Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen. Kredit gambar: Sarawak Roads Update

Tidak meninggalkan sebarang nota mahupun nombor telefon

Kenderaan tak bertanggungjawab tersebut juga tidak meninggalkan sebarang nota mahupun nombor telefon di keretanya setelah berbuat sedemikian.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen berasa tak puas hati dengan kenderaan tersebut kerana telah menyusahkan orang lain.

Baca komen netizen di sini:

Sejam Kena 'Double Park' Di Pasar Tamu Batu 10, Sikap Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen
Gambar tangkap layar dari komen di page Sarawak Roads Update

Sejam Kena 'Double Park' Di Pasar Tamu Batu 10, Sikap Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen
Gambar tangkap layar dari komen di page Sarawak Roads Update

Perbuatan ‘double park’ ini juga salah di dalam undang-undang

Bukan itu sahaja, tahukah anda perbuatan ‘double park’ ini juga salah di dalam undang-undang dan pihak JPJ serta PDRM diberikan kuasa untuk menunda serta mendenda RM 300 kepada sesiapa yang berbuat sedemikian.

Di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula, tindakan’ double park’ yang MENYUSAHKAN orang lain ini boleh dikenakan denda dari RM 1,000 hingga RM 5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Jadi sama-samalah kita mengambil pengajaran, jangan double park sesuka hati dan menyusahkan orang lain. Jadilah seorang pemandu dan pemilik kenderaan yang baik dan berhemah.

Baca lagi kisah kedegilan pemandu kenderaan di sini:

Netizen Terhibur Lihat Kedegilan 2 Kereta Block Satu Sama Lain Atas Jambatan Tamparuli
‘King’ Myvi Mengamuk Di Hon Kerana Tak Beri Signal Dan Potong Guna Laluan Kiri Di Inanam
SUMBER :Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta ‘Bachelor of Malaysia’ 2022
Next Article Tarikan Terbaru Di Samarahan, Aladdin Water World Dibuka Mulai Hari Ini Tarikan Terbaru Di Samarahan, Aladdin Water World Dibuka Mulai Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?