• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, ‘Geng Oscar’ Di Kuching Berjaya Ditumpas

Oleh
Nazihah AN
24 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, 'Geng Oscar' Di Kuching Berjaya Ditumpas

Suspek mencuri kenderaan untuk dibawa masuk ke negara jiran

Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, ‘Geng Oscar’ Di Kuching Berjaya Ditumpas. Polis daerah telah menumpaskan sindiket curi kenderaan dengan penahanan lima warga asing, termasuk dalang, dan penemuan empat motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kumpulan yang digelar ‘Geng Oscar’ itu dipercayai aktif sejak Mac tahun ini dan bertanggungjawab ke atas kecurian motosikal di Kuching dan Padawan.

Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, 'Geng Oscar' Di Kuching Berjaya Ditumpas
Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, ‘Geng Oscar’ Di Kuching Berjaya Ditumpas. Sumber gambar: FB Sarawak Edition

Suspek berjaya di tahan di Kampung Siol Kandis

Modus operandi dalam sindiket ini mendapati bahawa mereka akan menyembunyikan kenderaan yang dicuri di kawasan semak kemudian dibawa masuk ke negara jiran.

Jelas beliau, dalam serbuan tersebut pihaknya berjaya merampas empat buah motosikal disyaki dicuri dan beberapa komponen motosikal yang dipercayai dileraikan daripada motosikal yang dicuri.

Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, 'Geng Oscar' Di Kuching Berjaya Ditumpas
Sumber gambar: FB Sarawak Edition
https://fb.watch/f5a1j2Q-Kk/

Menurut Ahsmon, motosikal Yamaha dan juga kenderaan pacuan empat roda turut menjadi sasaran dan akan menyeludupnya merentasi sempadan negeri berikutan permintaan tinggi di sana.

Ketua kumpulan telah ditahan di sebuah rumah di Kampung Siol Kandis, telah yang membawa kepada penahanan empat lagi suspek.

Hasil tangkapan suspek berusia antara 24 dan 32 tahun, kami percaya kami telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 12 kes curi motosikal,”

katanya pada sidang media di sini semalam.
Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, 'Geng Oscar' Di Kuching Berjaya Ditumpas
Sumber gambar: FB Sarawak Edition

Pihak serbuan turut menemukan beberapa alat yang digunakan untuk sindiket tersebut

Pihak serbuan turut menjumpai beberapa alat yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut. Mereka menemukan pemutar skru berbentuk T yang diubah suai, kunci utama dan alat lain yang digunakan oleh sindiket tersebut untuk mencuri kenderaan itu sebelum membawanya ke negara jiran.

Beliau berkata, kesemua lima suspek baru-baru ini disabitkan mengikut Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan kini berada di penjara.

Suspek turut dituduh di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan tinggal di Malaysia secara haram.

Lagi berita semasa anda boleh baca pautan artikel di bawah:

Acu Pisau Di Leher Ibu, Penganggur Di Kuching Didenda RM 3K Dan Penjara 3 Bulan

Tular Noh Salleh ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Terhibur Dengan Barangan 'Kepunyaan' Billie Eilish Dijual Online, Siap Ada Botol Air Bernilai RM1.2K Netizen Terhibur Dengan Barangan ‘Kepunyaan’ Billie Eilish Dijual Online, Siap Ada Botol Air Bernilai RM1.2K
Next Article Malaysia Berminat Belajar Dari Thailand Mendalami Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?