• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020

Oleh
Ismail NA
29 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Penangguhan diperluaskan kepada 49 buah sekolah.

Susulan peningkatan kes positif di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini melanjutkan penangguhan pembukaan semula sekolah di bahagian Kuching, Samarahan dan Padawan sehingga 17 Ogos 2020.

Isi Isi Penting
  • Penangguhan diperluaskan kepada 49 buah sekolah.
  • Melibatkan sekolah rendah, Tingkatan 1 hingga 4 dan Tingkatan 6 Rendah
  • Pelajar pulang ke Matrikulasi disediakan bantuan pengangkutan dari lapangan terbang
  • Khas untuk pelajar yang tidak dapat ditemani ibu bapa atau penjaga
  • Baca juga perkembangan lain berkaitan COVID-19 di Sabah dan Sarawak :

Penangguhan yang pada asalnya berakhir pada 3 Ogos itu disambung sehingga 17 Ogos 2020 dan diperluaskan lagi kepada 25 buah sekolah di Padawan dan 24 buah sekolah di Samarahan.

Melibatkan sekolah rendah, Tingkatan 1 hingga 4 dan Tingkatan 6 Rendah

Kelas-kelas yang terlibat adalah merangkumi kelas Darjah 1 hingga 6, Tingkatan 1 hingga 4, serta Tingkatan 6 Rendah.

Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020
Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020

Walau bagaimanapun, pelajar Prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas akan bersekolah seperti biasa.

Keputusan tersebut dibuat setelah mendapat saranan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Majlis Keselamatan Negeri Sarawak serta dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelajar pulang ke Matrikulasi disediakan bantuan pengangkutan dari lapangan terbang

Bagi pelajar Sarawak yang bakal melanjutkan pelajaran di kampus Matrikulasi di seluruh negara, mereka boleh mendapatkan khidmat bantuan pengangkutan seperti yang diwar-warkan oleh Sarawak Volunteers.

Program kerjasama antara Sarawak Volunteers dan JPBNS ini menyediakan khidmat pengangkutan dari lapangan terbang ke kampus matrikulasi atau tempat tinggal.

Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020

Khas untuk pelajar yang tidak dapat ditemani ibu bapa atau penjaga

Bantuan ini khas untuk pelajar Sarawak yang tidak ditemani oleh ibu bapa mereka semasa proses mendaftar memandangkan ibu bapa atau penjaga perlu menjalani perintah kuarantin jika mereka pulang dari Semenanjung atau Labuan kelak.

Walau bagaimanapun, pengangkutan udara seperti tambang penerbangan adalah di bawah tanggungan pelajar itu sendiri.

Dalam perkembangan lain, terdapat dua kes positif baharu dikesan di Sarawak hari ini yang melibatkan penambahan kes untuk dua kluster sedia ada. Kes kontak rapat ini dikesan masing-masing bagi Kluster Sentosa dan Kluster Mambong.

Baca juga perkembangan lain berkaitan COVID-19 di Sabah dan Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin
Next Article Musa Aman Buat Comeback, Kerajaan Warisan Sabah Bakal Tumbang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?