• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin

Oleh
Ismail NA
29 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes libatkan murid darjah 2 di Likas.

Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin. Satu kes positif COVID-19 telah dikesan semula dalam kalangan kanak-kanak pada Isnin lalu. Kes tersebut melibatkan seorang kanak-kanak darjah 2 di Inanam, Sabah.

Isi Isi Penting
  • Kes libatkan murid darjah 2 di Likas.
  • Positif semasa dapatkan rawatan di klinik kesihatan
  • 60% kes di Sabah adalah penularan tempatan
  • Dalam perkembangan lain, kes terbaru di Sarawak juga melibatkan kanak-kanak berusia 6 dan 10 tahun. Baca selanjutnya di sini :

Ketua Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Christina Rundi mengesahkan perkara tersebut pada hari Isnin yang lepas.

Susulan itu, kesemua kontak rapat termasuk ahli keluarga, 37 rakan sekelas serta 8 guru di sekolah tempat kanak-kanak terbabit bersekolah diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin
Dr. Christina Rundi, Ketua Pengarah Kesihatan Sabah

Positif semasa dapatkan rawatan di klinik kesihatan

Murid tersebut dikesan positif setelah mendapatkan rawatan kesihatan di sebuah klinik kesihatan yang berdekatan. Kanak-kanak tersebut kini dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, tidak jauh dari Inanam.

Setakat ini, punca penularan masih belum disiasat dan dikategorikan sebagai kes tempatan kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Pada hari yang sama, terdapat sebuah mesej yang tular mengatakan bahawa sebuah sekolah rendah di Inanam akan melakukan kuarantin besar-besaran kerana berikutan satu kes murid yang positif COVID-19.

60% kes di Sabah adalah penularan tempatan

Dr. Christina turut memberitahu bahawa 60% daripada kes di Sabah setakat ini adalah merupakan kes jangkitan tempatan.

Sehubungan kes yang melibatkan kanak-kanak itu, beliau turut mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika mereka mempunyai gejala demam. Sebaliknya, mereka perlu dihantar ke klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Para pelajar di sekolah juga disarankan untuk sentiasa mematuhi SOP, menjaga jarak selamat, memakai pelitup muka serta sentiasa mencuci tangan dengan sabun.

Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin
Seorang Murid Sekolah Rendah Di Sabah Juga Positif COVID-19, Kesemua Kontak Rapat Kini Dikuarantin
Gambar hiasan. Sumber foto : BERNAMA

Nampaknya, virus ini tidak mengenal usia. Marilah kita sama-sama melindungi golongan berisiko tinggi dengan mengelak membawa mereka ke tempat sesak dan sempit.

Dalam perkembangan lain, kes terbaru di Sarawak juga melibatkan kanak-kanak berusia 6 dan 10 tahun. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Majlis Bandaraya Miri Akan Batalkan Lesen Pengusaha Yang Abai Peraturan Dan Syarat Lesen Majlis Bandaraya Miri Akan Batalkan Lesen Pengusaha Yang Abai Peraturan Dan Syarat Lesen
Next Article Sekolah Di Kuching, Padawan dan Samarahan Masih Tutup Sehingga 17 Ogos 2020

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?