• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan

Oleh
ILB - AI
2 April 2020
Kongsi
8 Min Bacaan
Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan

Walaupun mempunyai gejala yang hampir sama, Covid-19 lebih teruk lagi

Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan. By now, kebanyakan orang sudah tahu betapa serius wabak Covid-19 dan telah bekerjasama untuk duduk di rumah bagi meratakan lengkung sebagai langkah untuk membendung wabak tersebut. Namun, masih ada kes dilaporkan setiap hari, malah China yang baru-baru ini mengumumkan kebebasan dari wabak tersebut telah melaporkan 54 kes terbaru beberapa hari lepas. Jadi, kenapa ia sangat sukar dibendung dan mengapa terdapat kes baru setiap hari walaupun PKP sudah dikuatkuasakan?

Isi Isi Penting
  • Walaupun mempunyai gejala yang hampir sama, Covid-19 lebih teruk lagi
  • Sebelum lanjut, ini adalah penjelasan lanjut mengenai basic reproduction number
  • Tetapi adakah persamaan ini memang betul?
  • Sering mempersamakan selesema dengan Covid-19 sebagai cara untuk menenangkan kita
  • Perbezaan ketara Covid-19 dengan Selesema
  • Mengapa manusia senang dijangkiti?
Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan
Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan

Sebelum lanjut, ini adalah penjelasan lanjut mengenai basic reproduction number

Menurut satu video yang dimuatnaik oleh Vox, mereka telah memberi ilustrasi bagaimana beberapa jenis wabak merebak.

Perbezaan antara Covid-19 dan Selesema. Kredit: YouTube Vox

Menurut video tersebut, basic reproduction number (nombor pembiakan asas) atau ‘R0’ (disebut R-naught) digunakan oleh saintis untuk menjelaskan betapa teruknya jangkitan penyakit ini. Contohnya, penyakit Zika mempunyai R0 sebanyak 3-6.6, manakala penyakit Measles mempunyai R0 sebanyak 12-18. Ini bermaksud penyakit Measles boleh berjangkit ke sebanyak 12-18 orang dalam satu masa.

Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan
Bilangan orang yang dijangkit dari satu sumber.

Sementara penyakit Measles senang berjangkit, selesema hanya mempunyai R0 sebanyak 1.3, jauh sikit berbanding dengan Measles.

Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan
R0 untuk selesema.

Sekiranya berbanding selesema dengan Covid-19, ia tidak jauh beza.

Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan
Covid-19 mempunyai R0 sebanyak 2-2.5 dalam satu masa.

Kedua-dua penyakit ini mempunyai gejala yang hampir sama seperti demam, batuk, kadang-kadang sakit badan dan keletihan, dan kedua-dua boleh membawa ke pneumonia. Jadi, ia sudah jadi kebiasaan untuk mempersamakan kedua-dua penyakit ini.

Tetapi adakah persamaan ini memang betul?

Jika kita lihat kembali R0 selesema, ia mempunyai R0 sebanyak 1.3, jadi setiap orang akan menjangkitkan seorang atau dua sakit. Selepas 10 pusingan, jumlah orang yang sakit akibat satu sumber adalah 56 orang.

Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan
Penyakit selesema boleh berjangkit sebanyak 56 orang selepas 10 pusingan (dari sumber yang sama)

Tetapi, sekiranya kita lihat R0 Covid-19 iaitu 2-2.5, ini bermaksud seorang yang sakit akan menjangkitkan penyakit itu kepada dua orang dalam satu masa dan proses ini akan berulang kepada dua atau lebih orang. Selepas 10 pusingan, sebanyak 2047 orang dijangkit dari satu sumber.

Selalu Dibandingkan Dengan Selesema, Covid-19 Adalah Lebih Teruk Dari Disangkakan
Perbezaan pusingan jangkitan selesema (kiri) dan Covid-19 (kanan)

Sering mempersamakan selesema dengan Covid-19 sebagai cara untuk menenangkan kita

Oleh sebab Vox adalah sebuah syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat, mereka menggunakan data rakyat mereka sebagai perbandingan. Menurut data tersebut, setiap tahun selesema meragut sebanyak beribu orang di negara mereka. Namun, dalam masa beberapa bulan sahaja, Covid-19 telah meragut sebanyak 34, 000 nyawa (as of 29 Mac 2020) seluruh dunia dan saintis menjangkakan nilai tersebut akan tetap menaik.

Bilangan warga Amerika Syarikat yang terkorban akibat selesama (dalam biru) vs bilangan warga seluruh dunia terkorban akibat Covid-19 dalam masa beberapa bulan (dalam merah)

Perbezaan ketara Covid-19 dengan Selesema

Perbezaan yang ketara membezakan Covid-19 dengan selesema ialah tempoh pengeraman virus tersebut. Kebiasaannya, orang akan rasa demam 5 hari selepas terjangkit Covid-19, kadang-kadang sampai dua minggu baru gejala akan muncul. Pada masa yang sama, dalam masa seorang yang terjangkit itu tanpa disedari, orang tersebut berisiko menjangkitkan penyakit tersebut kepada orang lain.

Hari pertama seorang yang kena jangkit, orang tersebut tidak akan rasa gejala sehingga 5 hari atau dua miggu kemudian. Tanpa disedari, orang tersebut telah menjangkitkan Covid-19 kepada orang lain.

Jika dibandingkan dengan selesema, orang yang dijangkiti akan mula rasa gejala sehari kemudian dan akan tahu untuk mengasingkan diri dari orang lain. Ini sudah menjadikan kebiasaan untuk kita.

Sehari setelah dijangkit selesema, gejala demam akan muncul maka orang tersebut akan bertindak untuk mengelak bergaul dengan orang lain. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan untuk kita.

Kalau dibandingkan, selesema akan membuat kita bertindak pantas namun Covid-19 membalikkan situasi itu.

Selesema (atas) memberi peluang kepada kita untuk bertindak pantas, manakala Covid-19 mengelak kita bertindak dengan pantas. Ketika tindakan diambil, ianya sudah terlambat.

Mengapa manusia senang dijangkiti?

Oleh kerana virus ini adalah virus baru, imun manusia tidak pernah menghadap penyakit ini jadi tiada wujudnya imuniti semulajadi. Sebagai contoh, masa musim selesema, terdapat segelintir manusia yang sudah imun terhadap penyakit tersebut. Ini kerana mereka mungkin sudah diberi vaksin, atau imun mereka telah membuat imun semulajadi akibat kerap dijangkit selesema. Ini secara langsung mengehadkan penyakit selesema berjangkit. Sekiranya seorang mempunyai selesema, penyakit tersebut hanya mempunyai kesan terhadap mereka yang tiada imuniti dan golongan majoriti yang sudah imun akan membantu untuk melindungi orang lain, secara langsungnya membendung wabak tersebut.

Namun, Covid-19 adalah virus baru dan tidak pernah dihadapi manusia sebelum ini jadi tiada wujudnya imuniti semulajadi. Oleh itu, penyakit tersebut senang berjangkit dan turut menjangkit banyak orang tanpa disedari orang terjangkit.

Perbezaan ini turut dapat dilihat dengan kadar hospitalisasi. Untuk selesema, kadar hospitalisasi hanya 2%, namun Covid-19 mempunyai kadar hospitalisasi sebanyak 20% – 30% untuk setiap orang yang disahkan positif.

Perbezaan kadar hspitalisasi selesema dengan Covid-19

Saintis kini tengah menyelidik kadar kematian Covid-19. Menurut carta pie dibawah, kadar kematian Covid-19 adalah lebih tinggi daripada kadar kematian selesema. Sebagai reference, nilai 0.1% tersebut bersama dengan 60,000 nyawa orang Amerika Syarikat dalam masa setahun.

Kadar kematian akibat selesema adalah 0.1% manakala kadar kematian akibat Covid-19 adalah 1-3%

Data ini melingkupi semua umur tetapi akan berbeza dengan mereka yang lebih tua dan mempunyai keadaan kesihatan yang mendasari.

1-3% melingkup semua orang berlainan umur tetapi data tersebut berbeza dengan mereka yang tua dan mempunyai masalah kesihatan.

Para saintis menjangkakan sebanyak 20%-60% populasi dunia akan dijangkit oleh virus Covid-19 kerana tiada wujudnya penawar atau vaksin. Satu-satunya cara untuk kita membendung virus ini adalah untuk mengelak bergaul dengan orang (social distancing). Oleh itu, betapa pentingnya kita semua bekerjasama untuk patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendungkan wabak ini. Jadi untuk mempersamakan selesema dengan Covid-19 (understandbly) sebagai cara untuk menenangkan diri, ada salah juga kerana ia secara tidak langsung mengelak kita untuk melihat betapa bahaya virus ini terhadap manusia.

Jadi, jangan ingkar arahan. Duduk di rumah. Selagi tiada vaksin atau penawar wujud, jangan merisikokan diri keluar dengan mindset “oh, tok kedak selesema jak tok.” Ia bukan seperti selesema, dan kita perlu ada kesedaran betapa bahaya virus ini terhadap anda dan orang sekeliling. Sama-sama kita bekerjasama dan harap yang terbaik.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Risau COVID-19 Kembali Tular, Kes Tanpa Simptom Kini Dilapor Sebagai Kes Positif Di China Risau COVID-19 Kembali Tular, Kes Tanpa Simptom Kini Dilapor Sebagai Kes Positif Di China
Next Article Ini Cara Semak Status ‘Online Seller’ Untuk Elak Penipuan Topeng Muka Dan Hand Sanitizer

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?