• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Siap Bawa Anak Sekali, Wanita Selangor Ini Akui Sukar Mencari Pekerjaan Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
28 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Wanita dari Semenanjung ini kongsi pengalamannya susah mencari pekerjaan di Sarawak.

Masuk sahaja alam dewasa, pencarian kerja adalah salah satu daripada lumrah kehidupan bagi semua orang. Namun, tidak semua yang bernasib baik boleh mendapat pekerjaan sejurus sahaja habis melanjutkan pelajaran.

Isi Isi Penting
  • Wanita dari Semenanjung ini kongsi pengalamannya susah mencari pekerjaan di Sarawak.
  • Kerja ini untuk Sarawakian sahaja
  • Memohon pekerjaan dari tahun 2019 tetapi tidak pernah diterima
  • Pelbagai inisiatif telah diambil

Ditontonan sebanyak 125.5K di Tiktok, video seorang wanita berasal dari Selangor baru-baru ini berkongsi pengalamannya sukar mendapat pekerjaan di sini kerana bukan berasal dari Bumi Kenyalang mendapat perhatian ramai.

Siap Bawa Anak Sekali, Wanita Selangor Ini Akui Sukar Mencari Pekerjaan Di Sarawak
Siap Bawa Anak Sekali, Wanita Selangor Ini Akui Sukar Mencari Pekerjaan Di Sarawak

Kerja ini untuk Sarawakian sahaja

Pernah menerima kata-kata seperti ‘orang Semenanjung, susah nak ambil sebab kena uruskan permit kerja’ dan ‘kerja ini untuk Sarawakian sahaja’ semasa menghadiri temuduga, wanita ini kongsi pengalaman sukar mencari pekerjaan di Bumi Kenyalang.

Dia juga mengatakan bahawa dirinya akur dan mengetahui tentang perjanjian MA63, tetapi jika mendapat sedikit kelonggaran, dia akan berasa amat bersyukur.

Menetap di Sarawak kerana suami berkhidmat sebagai askar di sini, wanita berusia 30 tahun ini kini menetap di Padawan, Kuching. Mempunyai seorang cahaya mata dan juga keluarga di Semenanjung, wanita ini tekad mencari kerja kerana ingin mempunyai wang simpanan untuk melakukan komitmen seperti membayar hutang pelajaran yang masih lagi belum dilangsaikan.

Siap Bawa Anak Sekali, Wanita Selangor Ini Akui Sukar Mencari Pekerjaan Di Sarawak

Memohon pekerjaan dari tahun 2019 tetapi tidak pernah diterima

Dia menceritakan pengalamannya memohon pekerjaan dari tahun 2019 tetapi tidak pernah diterima masuk ke mana-mana syarikat mahupun agensi kerajaan walaupun sudah menghadiri berpuluh-puluh temuduga.

Walaupun memegang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dengan pangkat kelas pertama, beliau menyatakan bahawa sejak mengikut suami yang berkhidmat sebagai askar di Sarawak, dia tidak pernah memilih pekerjaan.

Ketika ditemu bual MStar, dia berkata bahawa dia memang merupakan wanita bekerjaya dan mempunyai pekerjaan tetap semasa berada di Semenanjung.

Tambahnya lagi, dia sudah terbiasa bekerja sejak zaman diploma lagi dan sesudah sahaja habis praktikal ijazah, dia telah ditawarkan pekerjaan dalam sektor swasta sehingga tahun 2019.

Siap Bawa Anak Sekali, Wanita Selangor Ini Akui Sukar Mencari Pekerjaan Di Sarawak

Pelbagai inisiatif telah diambil

Pelbagai inisiatif telah diambil termasuk mencari pekerjaan di laman sesawang sektor swasta, sektor kerajaan, di laman Facebook, Instagram dan keratan akhbar.

Kini, anak jati Selangor ini telah mengikuti program pencarian kerjaya Perkeso, untuk membantu dirinya mencari pekerjaan di Futurejob.

Diharap agar semua di luar sana yang masih lagi berusaha keras dalam mencari kerja, kami doakan agar anda mendapat pekerjaan yang anda ingini tidak lama lagi.

Baca lagi cerita yang berkait di sini:

SUMBER :MStar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen Selaras Dasar Ekonomi Hijau, Sarawak Bakal Dirikan Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen
Next Article Kategori Pasukan Inggeris, 4 Pelajar Sarawak Ini Mendapat Anugerah Kebangsaan NILAM 2022 Kategori Pasukan Inggeris, 4 Pelajar Sarawak Ini Mendapat Anugerah Kebangsaan NILAM 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?