• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selepas Kuching Dan Miri, AirAsia Tambah Penerbangan Terus Ke Singapura Dari Sibu Pula

Oleh
Ismail NA
23 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Laluan terus ke Singapura yang ketiga di Sarawak. Yahoo!

Selepas Kuching Dan Miri, AirAsia Tambah Penerbangan Terus Ke Singapura Dari Sibu Pula. Selepas penerbangan terus ke Singapura dari Kuching dan Miri mendapat permintaan yang memberansangkan, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kini membuka laluan penerbangan terus yang baharu iaitu Singapura-Sibu!

Penerbangan ini akan bermula pada 16 Disember 2022 dengan kekerapan sebanyak 4 kali penerbangan dalam seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Selepas Kuching Dan Miri, AirAsia Tambah Penerbangan Terus Ke Singapura Dari Sibu Pula
Selepas Kuching Dan Miri, AirAsia Tambah Penerbangan Terus Ke Singapura Dari Sibu Pula. Kredit: AirAsia Berhad

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, penerbangan terus ke Singapura mendapat sambutan yang tinggi terutamanya dalam kalangan ahli perniagaan, penduduk tempatan yang mempunyai keluarga di seberang serta pelancong dan pengembara.

Kekerapan Singapura-Kuching dan Singapura-Miri ditambah, harga promosi bermula RM99 sahaja

Susulan kejayaan laluan terus ini, AirAsia turut mengumumkan satu lagi berita gembira iaitu kekerapan penerbangan Singapura-Kuching akan ditingkatkan kepada 11 kali seminggu manakala kekerapan Singapura-Miri akan ditingkatkan kepada 5 kali seminggu.

Tiket penerbangan terus Singapura-Sibu yang baharu ini ditawarkan pada harga promosi serendah SGD74 (sekitar RM 245) untuk perjalanan sehala dan sudah boleh mula ditempah di laman sesawang serta aplikasi Super App sehingga 27 November 2022.

Manakala harga tambang promosi bagi laluan sehala Sibu-Singapura pula ditawarkan pada harga RM99 sahaja.

Promosi ini berlangsung untuk perjalanan bermula 16 Disember 2022 sehingga 28 Mac 2023.

Selepas Kuching Dan Miri, AirAsia Tambah Penerbangan Terus Ke Singapura Dari Sibu Pula
Kredit: AirAsia

Sibu merupakan pintu utama untuk ke bahagian tengah Sarawak, merancakkan lagi ekonomi dan pelancongan

Bagi menjayakan laluan ini, kerjasama AirAsia dengan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS), Kementerian Pengangkutan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak, pihak berkepentingan serta rakan kongsi pelancongan di Sarawak dan Singapura adalah penting dan menghasilkan impak yang positif.

Selepas Kuching Dan Miri, AirAsia Tambah Penerbangan Terus Ke Singapura Dari Sibu Pula
Tua pek kong lambang Bandaraya Sibu. Kredit: TripAdvisor

Dengan adanya penerbangan terus dari Singapura ini, ia dapat membuka peluang kepada orang luar untuk melakukan urusniaga dan melancong ke bahagian tengah Sarawak di mana Sibu adalah gerbang terdekat menghubungkan wilayah terdekat seperti Sarikei, Betong, Kapit dan Mukah.

Bah, siapa orang Sibu yang nak pergi Singapura tu? Jumlah!

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Tragedi Menggegarkan Sabah Yang Tidak Mungkin Dapat Dilupakan
Next Article Sifood Abi Umi D'Cove, Nikmati Makanan Anda Sambil Santai Di Tepi Pantai Sifood Abi Umi D’Cove, Nikmati Makanan Anda Sambil Santai Di Tepi Pantai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?